Menarik di Selangor

1. Sunway Lagoon

Menawarkan sehingga 90 tarikan dengan 6 taman tema menarik buat anda seisi keluarga. Pelbagai aktiviti dan tarikan menarik yang boleh dicuba dari taman tema airnya sehinggalah ke Extreme Park yang menempatkan Bungee Jump dan G-Force X, membuatkan anda merasakan seharian di sini seolah-olah tidak cukup buat anda sekeluarga.

Lokasi: Sunway Lagoon, 3 Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor

2. KidZania KL

Bawa anak-anak anda ke KidZania KL dan alami pengalaman dalam dunia kerjaya yang sebenar. Di KidZania KL, anak-anak anda akan mengalami  pembelajaran interaktif dan pengalaman dalam bentuk hiburan dalam bandar yang bersaiz kecil. Mereka juga boleh meneroka kerjaya seperti polis, bomba, pembaca berita, jururawat, doktor dan sebagainya. Bandar kecil ini pastinya akan membuat anak-anak leka dan seronok.

Lokasi: KidZania Kuala Lumpur, Curve NX, 18 Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

3. Kuala Kubu Bharu

Buat penggemar aktiviti dan sukan lasak, Kuala Kubu Bharu bukanlah satu nama yang asing lagi. Menawarkan pelbagai aktiviti yang pastinya menaikkan adrenalin anda seperti rafting, paragliding, zipline dan rope swing, daerah yang terletak di Hulu Selangor ini perlu anda lawati.

4. Kelip-kelip di Kuala Selangor

Sebut sahaja kelip-kelip , mesti yang terlintas di kepala ialah Kuala Selangor. Kuala Selangor sememanganya terkenal kerana menjadi kawasan habitat semula jadi kelip-kelip dan merupakan kawasan yang mempunyai koloni kelip-kelip terbesar di dunia. Jadi bawa keluarga anda ke Kuala Selangor untuk menyaksikan keindahan alam semula jadi sambil bermandikan cahaya seakan disimbahi seribu bintang di langit ini.

Lokasi: Firefly Park Resort Sdn Bhd, Jalan Haji Omar, Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor, 45000 Selangor Darul Ehsan.

5. Bukit Broga

Bukit yang terletak di Semenyih ini memang popular sebagai tempat rekeasi terutama pada hari minggu dan cuti umum. Dengan ketinggian yang sederhana iaitu 400 meter dari paras laut, Bukit Broga ini menjadi pilihan ramai untuk mereka yang gemarkan aktiviti pendakian.Pendakian ke Bukit Broga pastinya menjanjikan satu kepuasan buat anda setelah tiba di punya dan dengan pemandangan matahari terbitnya.

Lokasi: Bukit Broga, Jln Broga, 43500 Semenyih, Selangor

6. Batu Caves

Destinasi yang menjadi tumpuan pelancong baik dari dalam negara mahupun luar negara terutama sewaktu menyambut perayaan Thaipusam. Batu Caves ini sebenarnya merupakan gua batu kapur yang dimana terdapat bahagian dalam gua tersebut yang dijadikan kuil Hindu. Menariknya di sini, untuk sampai ke pintu gua ini, pengunjung perlu menaiki sebanyak 272 anak tangga.

Selain itu, yang menarik pengunjung ke sini ialah terdapatnya patung Dewa Muruga yang setinggi 140 kaki dan juga kerana tangga menuju ke kuil yang telah diwarnakan pada baru-baru ini.

Di sekitar Batu Caves tersebut juga terdapat tempat dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan oleh oleh pengunjung seperti rock climbing yang terletak di Gua Damai. Jadi buat anda yang ingin mencuba atau gemar dengan aktiviti rock climbing ini, jangan lupa untuk datang ke sini.

7. i-City Shah Alam

Bandar Cahaya Digital ini memang terkenal dan sentiasa padat  dengan pengunjung terutama pada waktu malam kerana cahaya malamnya yang berwarna-warni. Tarikan utama di sini pastinya SnoWalk yang menjadi tempat untuk anda dan keluarga untuk merasai  pengalaman berada dalam kawasan sejuk atau bersalji. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk datang ke i-City Shah Alam dan luangkan masa anda bersama keluarga.

8. Pantai Remis

Pantai Remis merupakan pantai yang sering dikunjungi oleh penduduk tempatan terutama pada musim cuti atau hujung minggu untuk meluangkan masa bersama keluarga atau sekadar untuk lari dari kesibukan kota. Menawarkan panorama matahari terbenam yang indah, di sini anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti bermain layang-layang, memancing dan mencuba makanan laut. Memandangkan kawasan pantainya ditambak oleh batu besar, jadi Pantai Remis ini kurang sesuai buat anda yang ingin bermandi-manda. Tapi di kawasan Pantai Remis terdapat kawasan penginapan  yang menyediakan tempat BBQ dan juga kolam renang untuk anda jika anda ingin bercuti di sini.

9. Muzium Coklat Kota Damansara

Buat anda yang menggemari dan gilakan coklat, Muzium Coklat Kota Damansara sememangnya tempat yang wajib anda pergi. Anda boleh melihat pameran berkenaan penemuan biji koko dan proses penghasilan coklat dari zaman 1200 BC sehinggalah ke zaman moden kini. Anda juga dapat melihat penghasilan coklat dan juga merasa coklat tersebut. Akhir lawatan ini, jangan lepaskan peluang untuk membeli coklat pelbagai jenama terkenal yang terdapat di Muzium Coklat ini untuk dibawa pulang.

10. FRIM

Bawa keluarga anda jauh dari kesibukan kota yang tidak pernah berhenti ke FRIM untuk menikmati keindahan alam semula jadi dan menghirup udara segar. Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan bersama keluarga di sini seperti bermandi-manda di air terjun, berkelah dan banyak lagi. Selain itu anda juga boleh melawat Taman Botani Kepong untuk melihat keindahan flora dan fauna.

11. Sky Mirror

Tarikan terbaru yang terdapat di Kuala Selangor ini juga dikenali sebagai Salar De Ayuni Maaysia dan menjadi lokasi tangkap gambar terbaru buat anda. Buat anda yang ingin melihat sendiri keindahan panorama Salar De Ayuni Malaysia, datang sahaja ke Kampung Sasaran, Kuala Selangor dan bawa sekali bekalan makanan memandangkan perjalanan ke sini akan mengambil masa.

12. Zoo Negara

Musim cuti atau hujung minggu memang seronok kalau bawa keluarga untuk melawat haiwan-haiwan di Zoo Negara. Pelbagai jenis haiwan yang boleh anda dan keluarga lihat di sini. Pastinya tarikan Zoo Negara ini ialah 2 ekor Panda iaitu Ling Ling dan Xiang Xiang yang dipinjamkan oleh kerajaan China selama 10 tahun dari 2014. Bawalah anak-anak anda untuk  melihat lebih 5000 jenis haiwan yang terdapat di sini.

Lokasi: Jalan Ulu Kelang, Kemensah Heights, 68000 Ampang, Selangor

13. Tadom Hill Resort Banting

Anda pasti akan merasai kepuasan berganda jika anda bercuti ke Tadom Hill ini. Merupakan sebuah resort yang dibuka pada 2015, di sini antara aktiviti yang boleh anda lakukan ialah bermain di tasik, abseiling, ATV , flying fox dan banyak lagi Anda juga berpeluang untuk menginap di bilik yang diperbuat daripada buluh ini.

Lokasi: Tadom Hill Resorts, 42700 Banting

14. Taman Botani Shah Alam

Taman yang dibuka pada 1986 ini juga digelar Bukit Cerakah,  ini memang luas dan menempatkan banyak taman didalamnya seperti taman burung, taman haiwan, taman hiasan, taman rempah ratus, taman padi dan banyak lagi. Taman ini merupakan taman yang menggunakan konsep hutan hujan tropika dan juga berperanan sebagai pusat pendidikan, pusat penyelidikan dan juga pusat pemuliharaan. Banyak yang boleh dipelajari, dan dilihat sepanjang lawatan ke Taman Botani Shah Alam ini.

Selain itu, terdapat juga aktiviti-aktiviti yang boleh dicuba bagi menjadikan lawatan anda ke Taman Botani ini bermakna seperti SkyTrex, dan ATV. Jadi pastikan anda menyenaraikan Taman Botani Shah Alam sebagai salah satu tempat yang perlu dilawati bersama keluarga.

Lokasi:Taman Pertanian Malaysia, 40170 Shah Alam, Selangor

15. Bukit Jugra

Tahukah anda, selain dari Kuala Kubu Bharu, Bukit Jugra juga menjadi port buat peminat sukan lasak? Di Bukit Jugra Banting ini, anda boleh cuba aktiviti paragliding, mendaki, dan banyak lagi aktiviti menarik. Cabar diri anda dan masukkan sekali Bukit Jugra dalam Bucket List anda!