Harga Tiket Sunway Lagoon + 15% OFF

Sunway Lagoon Tiket

Taman tema  yang sentiasa penuh dengan pengunjung terutama pada hujung minggu ini menjanjikan satu pengalaman bermakna buat anda. Anda akan alami keriangan berganda dengan permainan dan tarikan yang terdapat di Sunway Lagoon ini.

Taman tema yang mempunyai sehingga 90 jenis tarikan buat semua peringkat umur ini terbahagi dan 6 taman tema iaitu Waterpark, Scream Park, Extreme Park, Wildlife Park, Nickelodeon Lost Lagoon dan Amusement Park.

Pelbagai pilihan tarikan dan aktiviti yang boleh anda cuba di Sunway Lagoon, dari bermain gelongsor air seperti Vuvuzela, Congo Challenge, Cameron Climb di Sunway Lagoon Waterpark, kemudian ke Wildlife Park untuk melihat haiwan-haiwan seterusnya mencuba Bungy Jump di Sunway Lagoon  Extreme Park dan atasi ketakutan anda di Scream Park.

Alami pengalaman luar biasa ini di Sunway Lagoon hari ini! Anda boleh membeli tiket masuk Sunway Lagoon di kaunter masuk atau jika anda malas hendak beratur, beli sahaja tiket menerusi online di Tripcarte.Asia. Anda boleh dapatkan harga Sunway Lagoon tiket dengan lebih murah.

Waktu Operasi  

  •  10.00 pagi – 6.00 petang | Setiap hari
  • Waktu akhir masuk: 1 jam sebelum ditutup

Lokasi

3, Jalan PJS 11/20, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor