Pulau-pulau Menarik Di Sabah

Pulau Sipadan

Bercuti ke Sabah, tidak sah jika anda tidak melawat Pulau Sipadan. Dikenali sebagai antara destinasi menyelam skuba terbaik di dunia, Pulau Sipadan ini hanya terletak berhampiran dengan Semporna di bahagian timur Sabah. Pulau Sipadan ini juga merupakan satu-satunya pulau Samudera di Malaysia dari batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut.

Jika anda ingin menyelam di Pulau Sipadan ini, anda akan berpeluang untuk melihat hidupan marin seperti ikan jerung, penyu dan sebagainya. Sehingga 3000 jenis spesis hidupan marin dan batu karang yang anda boleh lihat secara lansung sewaktu anda menyelam di sini. Selain itu, jika anda bernasib baik, anda boleh melihat barracuda tornado iaitu fenomena unik yang terdapat di dalam laut.

Pulau Bum Bum

Pulau Bum Bum ini meskipun bukan merupakan sebuah pulau pelancongan, masih merupakan sebuah pulau yang airnya masih lagi jernih dan ekosistem yang terjaga.

Jadi jika anda inginkan kelainan dan percutian bajet, Pulau Bum Bum merupakan destinasi yang anda boleh cuba jika bercuti ke Sabah.

Pulau Sapi

Kredit: Agoes SK

Antara pulau yang termasuk dalam taman laut Tunku Abdul Rahman, di Pulau Sapi ini terkenal dengan pemandangan dan juga hidupan marinnya. Jadi bolehlah anda bersnorkeling bersama ikan-ikan di sini. Selain snorkeling, anda juga boleh mencuba aktiviti lain seperti mendaki bukit, berkelah dan lain-lain.

Kerana kawasannya yang kecil, jadi Pulau Sapi ini sentiasa padat dengan pengunjung dari luar.

Pulau Mantanani

Pulau yang terletak di pantai barat Sabah ini terbahagi kepada dua iaitu Mantanani Besar dan Mantanani Kecil. Namun begitu, cuma Mantanani Besar sahaja yang mempunyai penduduk, sementara Mantanani Kecil tidak berpenghuni.

Di kawasan pulau Mantanani ini, anda boleh bersnorkeling, diving dan bersantai menikmati pemandangan di Pulau Mantanani ini.

Pulau Mabul

Pulau yang kian popular sebagai destinasi percutian terutama buat pasangan yang menginginkan percutian romantik dan ketenangan dari bandar yang sibuk. Pulau Mabul yang hanya sedalam 20-30 meter ini kaya dengan hidupan marin yang pelbagai dan berwarna-warni. Anda boleh berenang dan menyelam skuba di sekitar pulau ini sambil menikmati pemandangan matahari terbenam dan melawat perkampungan masyarakat Bajau Laut.

Pulau Bohey Dulang

Pulau Bohey Dulang yang namanya diambil dari bahasa Bajau bermaksud ‘air kolam’ ini merupakan salah satu pulau daripada lapan pulau yang terdapat di Taman Marin Tun Sakaran. Menariknya di Pulau Bohey Dulang, terdapat puncak bukit yang anda boleh daki untuk menikmati pemandangan keseluruhan kawasan pulau ini.

Pulau Pom-pom

Seunik namanya, Pulau Pom Pom ini mempunyai keunikannya yang tersendiri seperti pantai karang pasir putih dan juga menjadi lokasi kura-kura hijau dan penyu untuk bersarang. Selain itu, terdapat kemudahan resort untuk anda menginap dan menikmati keindahan laut di sini.

Pulau Gaya

Pulau yang terletak hanya 10 minit daripada bandar KK ini juga antara pulau dalam Taman Tunku Abdul Rahman. Pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di sini selain daripada snorkeling atau diving seperti berenang bersama ikan-ikan dan batu karang. Selain itu, anda juga boleh juga melawat bandar Kota Kinabalu jika anda ingin membeli belah buah tangan dari Sabah.