Enjoy Trip Sehari di Pulau Pinang

Kredit: Raymond Tour

Clan Jetty

Jeti Clan yang terletak di Pengkalan Weld ini sebenarnya merupakan penempatan kampung terapung unik masyarakat Cina yang telah wujud sejak abad ke-19. Terdapat 8 klan yang mendiami penempatan ini yang kini didiami oleh keturunan imigran Cina namun begitu kini, penempatan tersebut hanya tinggal 6 sahaja. Uniknya di sini, setiap tempat jeti dinamakan sempena nama keluarga masing-masing. Sebagai contoh, Chew Jetty, Lim Jetty, Tan Jetty, Lee Jetty dan Yeoh Jetty. Kawasan penempatan yang kini telah diiktiraf UNESCO sebagai tapak warisan memang perlu untuk anda lawati.

Penang Little India Street

Kredit: Eduardo-M.C /Flickr

Warna-warni, itulah yang boleh dikatakan mengenai Little Indian Street yang terletak di George Town, Penang ini. Rasai kemeriahan suasana, kaleidoscope warna-warna ambil menikmati hidangan makanan tradisional dan iringan muzik Indian sewaktu anda melawat Little India Street ini.

Kuan Yin Temple/ Goddess of Mercy Temple

Kuil yang dibina pada awal tahun 1800s ini, merupakan kuil pertama untuk penduduk Cina waktu itu. Kuil yang memberi penghormatan kepada Kuan Yin iaitu penganut Buddha yang taat ini turut memuja Ma Chor Poh, seorang santo pelaut yang disanjung oleh penduduk Cina. Sewaktu di sini, anda boleh melihat keindahan seni bina Cina pada tiang-tiang yang diukir ukiran naga terjalin. Anda juga boleh melihat patung Kuan Yin yang memaparkan sebuah patung wanita bertangan 18 sewaktu anda masuk ke bahagian dalam kuil tersebut.

Lebuh Penang / Penang Street

Seperti KL yang ada Bukit Bintang, di Pulau Pinang pula ada Lebuh Penang. Jalan raya yang pertama yang dibina di pulau ini, yang menariknya di Lebuh Penang ini ialah kemeriahan dan kesibukan tempatnya. Menempatkan juga Cendol Popular iaitu Teo Chew Chendol, anda boleh juga melawat kedai buku lama, dan paling penting, kepelbagaian makanan yang terdapat di sini.

Fort Cornwallis

Kubu yang dibina pada tahun 1786 oleh Francis Light ini telah berusia lebih 230 tahun. Dibina sebagai pertahanan dari ancaman musuh, di Kubu atau Kota Cornwallis ini anda masih lagi boleh melihat bangunan-bangunan dan binaan kubu yang sehingga kini masih lagi sempurna berbanding dengan Kota A’Famosa yang kebanyakan struktur binaannya telah hancur. Menjadi kubu terbesar di Malaysia, anda boleh lawati dan bergambar dengan tinggalan Kubu Cornwallis ini.

Chocolate and Coffee Museum

Muzium yang sebelum ini lebih dikenali sebagai The Chocolate Boutique ini menjadi tempat untuk penggemar coklat untuk membeli coklat berkualiti. Anda hanya perlu siap sediakan duit sahaja jiika ke muzium yang terletak di Lebih Leith, George Town.

Taman Negara Pulau Pinang

Meskipun Taman Negara Pulau Pinang ini merupakan taman negara paling kecil dan terletak di tepi laut di negara, ianya mempunyai nilai alamnya yang tersendiri. Dilaporkan di taman negara ini terdapat sebanyak 417 spesis flora dan 143 spesis fauna. Menariknya di taman ini ialah, taman ini satu-satunya taman yang mempunyai enam jenis habitat yang berlainan seperti tanah paya, paya bakau, terumbu karang, dataran lumpur, tasik meromiktik, terumbu karang dan pantai tempat penyu bertelur. Di sini juga, aktiviti yang dijalankan seperti memancing, jungle trekking, camping dan berenang.