Sea Life tarikan terbaru dibuka di Legoland

Jika sebelum ini taman tema Legoland Malaysia mempunyai tiga mercu tanda iaitu Taman Tema Legoland, Taman Air Legoland dan Hotel Legoland, kini terdapat tarikan terbaru yang telah dibuka buat pengunjung Legoland iaitu Sea Life. Dibuka pada 9 May, Sea Life merupakan akuarium interaktif terbesar di dunia yang menempatkan sehingga 13,000 hidupan laut daripada 120 spesis.

Anda dapat melawat sehingga 25 tangki pameran beserta 11 habitat hidupan laut yang meliputi hidupan air tawar, pesisir pantai, terumbu karang dan gua laut. Pengunjung berpeluang untuk mengenali hidupan laut dalam persekitaran yang menyeronokkan dan bercirikan Pendidikan. Jadi ini merupakan peluang untuk ibu bapa bawa anak-anak mereka mengenali hidupan laut yang jarang dapat dilihat seperti Black Tip Reef Shark, obor-obor, dan hidupan laut yang lain.

Alami keriangan berganda apabila anda bersama keluarga bercuti ke Legoland Malaysia hari ini.