Karya seni visual mempesonakan di Galeri Nasional Singapura

Foto: National Gallery Singapore

Galeri Nasional Singapura merupakan sebuah institusi  seni visual yang terletak di Downtown Core, Singapura. Dibuka kepada umum pada November 2015, galeri ini menguruskan koleksi seni visual Singapura dan Asia Tenggara yang mencecah sehingga 8,000 karya.

Foto: National Gallery Singapore
Foto: National Gallery Singapore

Kawasan seluas 64 ribu kaki persegi ini yang terdiri daripada daripada dua bangunan monument nasional Singapura iaitu City Hall dan juga bekas Mahkamah Tinggi yang telah diubahsuai dan ditambahbaik sekaligus menjadikan Galeri ini merupakan galeri dan muzium seni visual terbesar di Singapura.

Foto: National Gallery Singapore

Bercita-cita untuk menjadikan galeri ini sebagai sebuah muzium yang progresif dan mewujudkan masyarakat yang kreatif, galeri ini telah merangka pelbagai program untuk menarik pengunjung dari dalam dan luar negara. Pelbagai pameran telah dijalankan hasil dari kerjasama dari muzium dan galeri antarabangsa seperti Centre Pompidou dan Tate Britain yang telah menjadikan Singapura ini sebagai sebuah kunci utama kepada dunia seni visual.

Foto: National Gallery Singapore