[Terbaru di Tripcarte 2019] Sawadikap, Thailand!

Sememang saban tahun jumlah pelancong dari Malaysia sentiasa membanjiri negara jiran ini yang dikenali sebagai negara Gajah Putih ini. Memandangkan jumlah pengunjung dari Malaysia kian meningkat saban tahun, Tripcarte tidak ketinggalan untuk menawarkan kepada anda, 5 tarikan terbaru  di Tripcarte yang didatangkan khas dari Thailand.

Sea Life Aquarium

Sea Life Bangkok Ocean World atau sebelum ini dikenali sebagai Siam Ocean World merupakan akuarium terbesar di Asia Tenggara. Meliputi kawasan seluas 10,000 meter persegi, akuarium ini menempatkan beratus spesis hidupan akuatik untuk anda lihat. Sebuah tarikan yang memberikan keseronokan dan juga pendidikan buat pengunjung yang hadir. Menempatkan pelbagai jenis spesis hidupan akuatik, antara hidupan akuatik yang terdapat di sini ialah  ketam labah-labah gergasi yang banyak dijumpai di Jepun, Sotong Kurita Pasifik, ikan pari dan juga ikan jerung. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan hidupan laut yang pelbagai ini sewaktu anda di sini.

Kaan Show

KAAN Show menjemput anda untuk menyaksikan hybrid persembahan dan wayang, persembahan pentas dan teknologi bertaraf dunia. Diambil dan diolah dari cerita sastera klasik Thailand, Kaan ini menceritakan tentang Kaan yang dibawa masuk dalam dunia fantasi apabila dia menerima sebuah buku bertajuk ‘Kaan’. Saksikan pengembaraan Kaan dan temannya iaitu Gabilpuksa menempuh cabaran dan mencari jalan untuk kembali ke alam nyata.

Safari World Bangkok

Jika Sea Life Aquarium merupakan akuarium terbesar di Asia Tenggara, Safari World Bangkok pula merupakan zoo terbesar di Thailand. Dekati pelbagai jenis spesis haiwan dari haiwan safari sehinggalah hidupan akuatik. Safari World ini terbahagi kepada beberapa haiwan mengikut kelas mereka iaitu di bahagian pertama anda akan melihat kumpulan haiwan herbivor seperti kuda belang, unta dan kawanan zirafah berjalan mencari makanan. Anda pasti akan teruja melihat haiwan-haiwan ini bergerak bebas dalam habitat mereka sendiri. Selain itu jangan terlepas untuk menyaksikan persembahan menarik dari haiwan-haiwan ini seperti Spy War Action Stunt Spectacular, Water Ski, Dolphin, Hollywood Cowboy Stunt, Bird, Orang Utan Boxing dan Sea Lion Show.

Ramayana Waterpark

Taman tema air terbesar di Thailand ini antara lokasi menarik yang anda boleh kunjungi sewaktu di Thailand. Pernah tersenarai sebagai Top 2 di Asia dan Top 12 taman tema air terbaik di dunia pada tahun 2018, Ramayana Water Park ini merupakan taman tema air yang anda tidak boleh lepaskan. Rasai keseronokan bermandi-manda dengan pelbagai gelongsor, pool dan juga aktiviti menarik yang membuatkan seharian tidak cukup untuk anda meluangkan masa di sini.

Chao Phraya Cruise

Raikan hari istimewa bersama pasangan anda di Sungai Chao Praya yang mempunyai kepanjangan sejauh 372km ini. Belayar di atas kapal persiaran mewah di sepanjang sungai ini sambil merentasi tempat-tempat menarik di Thailand. Terpesona dengan keindahan pemandangan seni bina, pasar terapung yang terdapat di tebing sungai ini. Sambil belayar, nikmati juga makan malam mewah dan romantik sepanjang anda di atas kapal. Pastinya suasana malam bandar Bangkok akan membuatkan anda jatuh cinta dengan negara gajah putih ini.