Kereta Kabel SkyCab | Langkawi

Kereta kabel Langkawi yang juga dikenali sebagai Langkawi SkyCab ini merupakan tarikan utama buat pengunjung yang bercuti ke Langkawi. Sejauh 2.2 km ini dan mengambil masa selama 15 minit, Langkawi SkyCab menyambungkan Kampung Oriental di Teluk Burau sehingga puncak Gunung Machinchang yang menempatkan Sky Bridge.

Sky Bridge yang dibina di atas Gunung Machinchang mempunyai kepanjangan sejauh 125 meter. Sewaktu di sini, anda boleh melihat pemandangan Pulau Langkawi dengan jelas dan jika anda bernasib baik, anda boleh melihat sehingga ke negara Thailand.

Harga tiket Cable Car Langkawi ini boleh tahan juga, tapi ramai juga yang nak cuba naiki Cable Car ini. Cuma, anda perlu beratur panjang untuk membeli tiket Cable Car Langkawi ini. Oleh itu, ramai yang lebih gemar untuk membeli tiket secara atas talian kerana mudah, tidak perlu beratur dan juga harga tiket Cable Car Langkawi yang dijual juga lebih murah berbanding beratur di kaunter.

Stesen Induk

Stesen Induk kereta kabel ini terletak di Oriental Village. Dari stesen induk, anda akan memulakan perjalanan ke jajaran Machinchang menaiki gondola. Sewaktu menunggu gondola, pengunjung boleh ke SkyDome iaitu sebuah kubah yang memaparkan skrin panorama 360 darjah. Gondola akan tiba di stesen sekitar setiap 30 saat. Semua jenis tiket SkyCab mempunyai aksesuntuk masuk ke SkyDome ini.

Stesen Tengah

Stesen perantara kereta kabel di bahagian timur yang memberi akses untuk ke tebing timur dan melihat pemandangan secara 360 darjah. Gondola akan membuat pusingan 45 darjah dari sudut ini untuk ke bahagian atas. Jarak perjalanan dari stesen induk ke stesen tengah ini sejauh 1700 meter. Pada ketinggian, 650 meter dari paras laut, anda boleh turun sebentar di stesen ini untuk ke platform meninjau atau meneruskan perjalanan untuk ke Stesen Utama.

Stesen Utama

Setibanya anda di stesen ini, anda boleh pilih antara dua platform yang terdapat di puncak Gunung Machinchang untuk melihat pemandangan secara 360 darjah. Stesen yang berketinggian 708m dari paras laut ini menempatkan laluan akses ke Langkawi Sky Bridge iaitu jambatan melengkung sejauh 125 meter.

Cara guna tiket

Penebusan Tiket

  • Ini adalah tiket FlexPlus, boleh masuk bila – bila tarikh sahaja dalam tempoh masa 6 bulan.
  • Hanya tunjuk QR Code / E-ticket anda dari telefon bimbit anda di kaunter.

Shopping Cart