Kenali Masyarakat Bidayuh di Rumah Panjang Annah Rais

Selain terkenal dengan keindahan flora dan fauna, Sarawak juga turut dikenali dengan kepelbagaian budaya dari kaum & etnik yang terdapat di sini. Peredaran masa membuatkan sedikit sebanyak budaya dan tradisi ini hilang sedikit demi sedikit. Namun begitu, anda usah risau kerana masih terdapat masyarakat di sini yang masih lagi mengekalkan gaya hidup mereka yang anda masih boleh melawat dan salah satunya ialah rumah panjang.

Rumah panjang merupakan rumah tradisional masyarakat di Sarawak ini. Rumah panjang dikatakan mampu menampung sehingga beberapa buah keluarga sehingga membentuk sebuah kampung dalam satu rumah panjang tersebut. Salah satu rumah panjang yang terkenal di Sarawak ini ialah rumah panjang Annah Rais yang merupakan rumah panjang masyarakat Bidayuh yang masih kekal sehingga kini dan dikenali sebagai  rumah panjang yang terpanjang.

Masih lagi mengamalkan gaya hidup dan budaya tradisinya tidak hairanlah, jika rumah panjang ini  menjadi salah satu destinasi pelancongan popular dalam kalangan pengunjung luar dan dalam negara.

Lawatan anda ke Rumah Panjang ini akan bermula dengan anda diraikan dengan tarian tradisional masyarakat Bidayuh setibanya anda di sini. Kemudian anda akan dibawa untuk melihat budaya dan gaya hidup tradisional masyarakat Bidayuh.

Selain itu anda juga boleh belajar mengenai seni kraftangan masyarakat Bidayuh dan juga alatan muzik mereka. Anda boleh juga melawat kolam air panas Annah Rais yang terletak berdekatan dengan rumah panjang ini.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mengenali budaya masyarakat Bidayuh ini di Rumah Panjang Annah Rais yang telah berusia lebih 200 tahun tahun dan masih lagi kekal sehingga kini. Ambil peluang untuk untuk mendalami keunikan dan kepelbagaian masyarakat yang terdapat di Malaysia ini.