8 Tempat Instagrammable menarik di Ipoh

Ipoh, ibu negeri Perak sentiasa menjadi pilihan pengunjung dari dalam atau luar negara untuk bercuti. Mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dilawati, daya penarik yang membuatkan ramai pengunjung tidak puas berkunjung ke Ipoh ini ialah dari segi seni bina,  suasana, dan tempatnya yang menyimpan banyak nostalgia lama yang akan menggamit memori anda. Oleh kerana kebanyakan tempat-tempat di Ipoh ini masih lagi mengekalkan senibinanya, jadi di sini terdapat banyak lokasi Instagrammable yang anda boleh kunjungi. Di sini kami menyenaraikan 8 tempat instagrammable untuk anda kunjungi sewaktu di Ipoh.

Stesen Keretapi Ipoh

Stesen Keretapi Ipoh yang terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab ini merupakan antara bangunan tertua yang terdapat di Ipoh. Dibina pada tahun 1894, stesen ini kini berusia 125 tahun dan masih lagi beroperasi. Masih kukuh berdiri, bangunan steses keretapi ini juga masih lagi mengekalkan seni bina Inggeris selain daripada landskap dan struktur binaan yang unik membuatkan penduduk tempatan menggelarnya sebagai Taj Mahal Ipoh. Pemandangan yang cukup nostalgik, tidak hairanlah Stesen Keretapi Ipoh ini menjadi pilihan pengunjung luar dan dalam negara untuk bergambar atau berootd di sini.

Funtasy House Trick Art

Tarikan terbaru yang terdapat di Ipoh ini menampilkan sehingga 30 lukisan 3D yang memberikan hasil gambar yang unik. Anda boleh bergambar sepuas hati dan jangan lupa untuk  dapatkan bantuan  dari staf yang bertugas untuk membolehkan gambar anda tampak menarik dan unik dalam Instagram.

Kong Heng Square

Kredit to littledayout.com

Kong Heng Square yang terletak di Jalan Panglima, Ipoh ini merupakan antara lokasi yang termasuk dalam Heritage walk Bandaraya Ipoh. Sewaktu di sini, anda akan melihat bangunan-bangunan yang lama yang dikomersialkan kembali. Lokasi yang sesuai buat mereka yang gemar bergambar, di sini terdapat banyak sudut bergambar yang cantik dan menarik untuk anda memuat naik dalam Instagram anda.  Sambil bergambar, jangan lupa untuk membeli cenderamata untuk dibawa pulang.

BookXcess Kong Heng

Terletak di Kong Heng Square, BookXcess ini baru sahaja dibuka. Merupakan sebuah kedai buku dua tingkat, pada asalnya premis ini merupakan sebuah bank terkenal sebelum diubahsuai. Masih lagi mengekalkan ciri-ciri bangunan asal, BookXcess Kong Heng ini bukan sahaja menawarkan buku-buku pada harga yang murah, malahan memberikan anda pengalaman yang unik dengan hiasan dalamannya yang menarik. Turut terdapat di sini ialah galeri mini ‘Yasmin at Kong Heng’ untuk anda melihat hasil karya pengarah terkenal, Yasmin Ahmad.

Masjid Panglima Kinta

Masjid yang telah berusia 119 tahun ini merupakan antara masjid tertua dan terawal yang dibina di Ipoh. Masjid Panglima Kinta ini diberi nama sempena Datuk Panglima Kinta yang membinanya pada tahun 1898. Seni binanya mempunyai pengaruh neo-klasik dan Mughal yang menjadikan masjid ini unik.

Ipoh Town Hall

Direka oleh A.B Hubback pada tahun 1916, bangunan kolonial ini pernah digunakan sebagai pejabat pos dan juga ibu pejabat polis sebelum dipindahkan. Dan kini, bangunan kolonial ini berfungsi sebagai dewan kahwin dan juga majlis. Rugi jika anda melepaskan peluang untuk bergambar di hadapan bangunan Ipoh Town Hall ini.

Catch A Toy

Di jalan warisan Ipoh, anda akan dapat melihat lampu neon dan juga pintu berwarna merah jambu di tengah-tengan jalan tersebut. Merupakan ruang untuk anda bergambar, Catch A Toy x Rainbow Box ini akan memberikan hasil gambar yang cukup menarik yang lain dari vibe Ipoh yang dikelilingi dengan bangunan-bangunan lama. Pastinya rakan Instargram anda akan tertanya-tanya lokasi tempat ini.

Concubine Lane

Rugi sekiranya anda datang ke Ipoh tetapi tidak melawat kawasan ini. Market Lane ini antara 3 lorong yang terkenal terdapat di Jalan Panglima ini iaitu Wife Lane(Lorong Hale), Concubine Lane (Lorong Panglima) dan Second Concubine Lane (Market Lane). Setiap Lorong ini mempunyai seni jalanan mereka yang tersendiri yang membezakan antara satu sama lain. Pastinya anda tidak boleh melepaskan peluang bergambar untuk Instagram anda.

Jangan lupa juga untuk melayari www.tripcarte.asia untuk melihat lebih banyak lagi tempat menarik yang terdapat Ipoh, Perak.