Serikan hidup anda dengan Tropical Spice Garden Penang [ Edisi 2019]

Dikenali sebagai taman terbaik di Pulau Pinang, Malaysia, Tropical Spice Garden ini merupakan tempat di mana alam dan budaya bertemu. Mempunyai 6 landskap taman yang menyimpan sehingga 500 spesis flora eksotik dari seluruh dunia. Disini anda akan mengenali pelbagai jenis flora & fauna yang terdapat di sini  selain daripada mengetahui pelbagai jenis rempah ratus.

Tropical Spice Garden

Diasaskan oleh David & Rebecca Wilkinson, pada November 2013, Tropical Spice Garden ini menawarkan pelbagai aktiviti serta pemandangan menarik untuk menjadikan lawatan anda suatu pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

Lawatan Berpandu

Jika anda inginkan lawatan anda berinteraktif dan mendapat banyak maklumat mengenai taman ini, anda boleh mengikuti lawatan berpandu yang dibuat pada pukul 9.00 pagi, 11.00 pagi dan 1.30 petang setiap hari. Dapatkan sebanyak mana maklumat yang anda ingini dari barisan

Lawatan beraudio

Jika anda ingin meneroka kawasan taman dengan sendiri, mungkin anda boleh cuba lawatan beraudio. Anda akan diberikan peranti audio yang seakan remote control tv dan peta taman untuk anda membuat lawatan anda sendiri. Terdapat sehingga 7 bahasa berbeza yang disediakan seperti, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Mandarin, Japan, Arab, German dan Perancis. Anda hanya perlu menekan butang nombor dan mainkan audio sahaja apabila anda melihat tumbuhan yang ditandai dengan nombor. Sehingga 69 hentian audio yand disediakan yang meliputi kawasan penting di Tropical Spice Garden ini.

Selain itu, anda juga boleh mengikuti aktiviti mereka yang lain seperti kelas memasak dan juga lawatan malam. Untuk kelas memasak, anda akan belajar tentang masakan tempatan dari masakan tradisional Melayu Baba nyonya, Melayu-India, Thailand, dan juga Pulau Pinang. Anda akan diajar oleh tukang masak professional dengan menggunakan bahan-bahan tempatan dan paling penting menggunakan rempah-ratus asli.

Lawatan malam pula, memberi peluang untuk anda meneroka keindahan alam semula jadi pada waktu malam. Namun begitu lawatan ini hanya disediakan pada tarikh tertentu sahaja.

Bagaimana untuk ke Tropical Spice Garden

Jika anda datang dari Batu Feringgi, anda dapat melihat papan tanda Tropical Spice Garden dengan jelas. Selain itu, anda boleh menaiki bas Rapid bernombor 101 & 102 untuk membawa anda ke sini. Pilihan lain ialah anda menaiki Hop On & Hop Off Penang dan berhenti di hentian no 19 iaitu Tropical Spice Garden.

Jangan ketinggalan untuk melawat dan melihat alam semula jadi yang indah di Tropical Spice Garden. Anda pasti akan terpesona dengan pemandangan yang ditawarkan sepanjang anda meneroka tempat ini.