10+ indoor aktiviti untuk kanak-kanak [Edisi 2019]

Semestinya memilih tempat bercuti untuk anak-anak sedikit sukar lagi-lagi kalau anak kecil. Anda kena fikir sama ada tempat tersebut selesa atau tidak, cuaca dan banyak lagi. Selain daripada memilih tempat terbuka seperti Sunway Lagoon, Legoland, Universal Studio Singapore, terdapat juga beberapa pilihan tempat hiburan tertutup @indoor untuk anda bawa keluarga anda. Anda tidak perlu memikirkan tentang cuaca samada panas terik atau hujan dan juga dilengkapi dengan kemudahan air cond.

Untuk itu, kami senaraikan lebih 10 tempat hiburan keluarga tertutup untuk anda berseronok bersama keluarga.

Berjaya Times Square Indoor Theme Park

Taman hiburan indoor ini terletak di tingkat 5 & 7 bangunan Berjaya Times Square. Mempunyai pelbagai jenis hiburan untuk seisi keluarga, dari Supersonic Oddyssey iaitu roller coaster dengan kelajuan 80km/h sehinggalah kepada Cosmo Theater, yang menjadikan impian kanak-kanak menjadi kenyataan. Terdapat pelbagai jenis tarikan dan aktiviti lain untuk anda dan seisi keluarga cuba di sini.

Aquaria KLCC

Kalau anda inginkan aktiviti yang tidak perlu bergerak aktif dan pada masa yang sama ingin membuat anak-anak anda berseronok pada masa yang sama, Aquaria KLCC ialah tempat yang sesuai buat anda. Bawa anak-anak anda ke terowong akuarium yang menempat sehingga 250 spesis ikan. Anak-anak anda pasti berasa takjub dengan keindahan dan keunikan hidupan marin yang terdapat di sini.

KidZania KL

Tahu tak sekarang dah ada taman hiburan bertemakan pendidikan di mana, pembelajaran dalam bentuk hiburan. Semua itu anda temui di KidZania, sebuah bandar kanak -kanak yang memberi peluang kepada kanak-kanak berusia 4 hingga 17 tahun untuk mereka memilih kerjaya idaman mereka selain belajar tentang pengalaman hidup seakan-akan dalam kehidupan bandar yang sebenar dengan mata wang Kidzos mereka sendiri. Sebuah tempat pembelajaran dan hiburan interaktif, pastinya anak-anak anda akan mempunyai pengalaman yang tidak boleh dilupakan sewaktu meluangkan masa di sini.

The Rift Mid Valley

Bawa keluarga anda ke dimensi lain sewaktu anda membawa mereka ke The Rift Mid Valley. Hiburan berbentuk permainan video AR/VR ini pastinya mengujakan anak-anak anda. Permainan seperti Holodek, Beat Saber, Terminator X dan banyak lagi permainan yang pastinya membuatkan keluarga anda tidak senang duduk. Memandangkan kebanyakan permainan di sini sesuai untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas, terdapat juga ruang bermain untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah iaitu The Rift Junior.

Superpark KL

Sebuah taman permainan indoor terbaru yang di buka pada penghujung 2018 di Avenue K. Permainan dan tarikan yang bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi untuk semua tanpa mengira peringkat umur. Menempatkan sehingga lebih 20 jenis tarikan tersedia yang dibahagikan kepada 3 zon utama iaitu Adventure Arena, Game Arena dan Freestyle Hall. Terdapat pelbagai pilihan aktiviti yang mengujakan untuk anda seisi keluarga cuba sewaktu di sini.

Funtopia

Funtopia Subang juga antara tempat hiburan tertutup yang mengkhususkan kepada aktiviti memanjat dan juga aktiviti lain. Ruang yang tersedia di sini juga sesuai untuk acara hari lahir dan lain-lain. Anak-anak anda tidak akan duduk dia sewaktu mereka di sini.

Future Land Fun Zone

Seperti namanya, Future Land Fun Zone menawarkan anda satu pengalaman mengujakan dengan teknologi masa kini seperti permainan dan aktiviti menggunakan teknologi 6D, 7D, 9D, VR/AR, Holographm dan lain-lain. Merentasi masa dan menuju ke masa hadapan sewaktu anda dan keluarga meluangkan masa di sini.


Teddyville Museum Penang

Teddyville Museum Penang merupakan tempat yang perlu dituju jika anda meminati teddy bear. Menempatkan koleksi patung teddy bear dari seawal tahun 19, anda juga dapat mengetahui lebih tentang sejarah Pulau Pinang tetapi dalam bentuk pameran berasaskan teddy bear. Hari anda bersama keluarga pastinya riang taktala melihat keletah teddy bear yang pelbagai ini dari bersaiz mini sehinggalah ke teddy bear bersaiz manusia sebenar. Jangan lupa untuk beli buah tangan comel untuk kenang-kenangan seusai anda membuat lawatan di sini.

Entopia by Penang Butterfly

Mesti anak-anak akan berasa seronok dalam sebuah tempat dikelilingi alam semula jadi dan yang paling penting ialah dikelilingi oleh rama-rama. Terdapat sehingga 15,000 ekor rama-rama pelbagai spesis. Selain itu, lihat juga pelbagai jenis serangga yang terdapat di sini seperti, pepatung, kelip-kelip, mentadak, kumbang dan banyak lagi. Senang cerita anda seisi keluarga pasti akan rambang mata melihat keindahan alam dan serangga ini.

Sanrio Hello Kitty & Thomas Town

Tarikan 2 dalam 1 ini sememangnya pastinya akan membuat anak-anak anda tidak duduk diam. Hello Kitty Town dan Thomas Town ini akan membuatkan anak-anak riang sentiasa. Bawa mereka melawat rumah Hello Kitty dan tonton persembahan Hello Kitty & Friends. Selain itu, bawa juga anak-anak anda menaiki kereta api Thomas di bandar Thomas. Anak-anak anda tidak akan puas bermain di sini.

KL Upside Down House

Suka bergambar dan ingin menyimpan kenangan yang berharga dan  menyeronokkan bersama dengan keluarga anda?  Upside Down House ialah tempat bergambar terkini yang pastinya memberikan hasil gambar yang unik untuk keluarga anda. Bahagian dalamnya dihiasi dengan kesemua perabot dalam keadaan terbalik. Jadi bergambar sepuas hati anda dan jadikannya sebagai memori anda sekeluarga.

Genting Highland

Genting Highland merupakan destinasi yang sering dituju. Meskipun taman hiburan terbukanya masih dalam pembinaan, terdapat taman hiburan tertutup di sini iaitu Skytropolis, Train To Busan, Ripley’s Believe It or Not Adventure Land dan banyak lagi. Jadi sewaktu di sini, pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan untuk berseronok.