SUPERPARK MALAYSIA. Taman hiburan keluarga indoor yang SUPER seronok!

Superpark sebuah taman hiburan keluarga terbaru yang menyediakan semua dalam 1 tempat yang sama. Idea penubuhan Superpark ini diilhamkan oleh Taneli Sutinen sewaktu beliau bermain bersama anak perempuannya. Ditubuhkan pada tahun 2012, di Finland sebelum mula berkembang ke peringkat antarabangsa, di negara seperti Hong Kong, Sweden, China, Singapore dan Malaysia. Kini Superpark telah mempunyai sehingga 18 cawangan dan akan berkembang. Dianggarkan pada 2023, akan terdapat 100 cawangan Superpark di seluruh dunia.

Superpark KL

Sebuah taman permainan indoor yang bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi untuk semua tanpa mengira peringkat umur. Mempunyai  sehingga lebih 20 jenis tarikan tersedia yang dibahagikan kepada 3 zon utama iaitu Adventure Arena, Game Arena dan Freestyle Hall yang anda boleh cuba tanpa

Adventure Arena

Seperti namanya, Adventure Arena ini membuka ruang kepada kanak-kanak dan ibu bapa yang inginkan aktiviti mencabar dan mengujakan. Ruang permainan seperti Flying Fox, ninja track, tube slide dan banyak lagi aktiviti yang menguji kekuatan dan daya tahan kanak-kanak.

Game Arena

Di Game Arena pula melibatkan aktiviti-aktiviti sukan. Anda boleh bermain besbol, bola keranjang, bola dan banyak lagi. Jangan lupa untuk bertanding di mana-mana aktiviti ini bersama rakan atau ahli keluarga untuk mengetahui siapa yang lebih hebat.

Freestyle Hall

Selain itu, Freestle Hall memberi anda peluang untuk mencuba aktiviti-aktiviti seperti Trampoline Platform untuk anda melompat sepuas hati atau memanjat seperti Spiderman di Super Climb dan Augmented Climbing Wall. Terdapat juga, Gymnastic Area, Skate and Scoot World, Ice Skating dan juga iWall bersedia menunggu anda.

Terletak di Avenue K

Taman hiburan “hybrid” yang wujud untuk memberi peluang kepada semua peringkat umur untuk bermain dan berseronok sehingga puas. Terletak di tingkat 4&5 Avenue K, bersedia untuk berpeluh, berlari, dan melompat sewaktu anda meluangkan masa sepanjang hari disini dan pada masa yang sama akan membuat anda ingin kembali sekali lagi.