10 perkataan Thai untuk diguna sewaktu anda bercuti di Thailand

Thailand merupakan destinasi percutian yang selalu menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana tempatnya yang dekat selain pelbagai pilihan tempat dan makanan yang menarik.

Namun begitu, percutian ke Thailand kadang-kala terdapat masalah kerana kekangan bahasa. Untuk itu, kami senaraikan 10 perkataan harian Thai yang mudah untuk anda pelajari yang akan membantu anda sepanjang anda bercuti ke Thailand.

‘Krab & Kha”

Hah kalau pergi ke Thailand tu anda perlu tahu yang terdapat perbezaan untuk penggunaan kata “krab” dan juga “kha”. Kata ‘krab’ dan ‘kha’ ini biasanya dipakai di akhir perkataan untuk menunjukkan rasa hormat terhadap seseorang itu. ‘Krab’ digunakan jika penutur adalah lelaki sementara ‘kha’ pula digunakan jika penutur adalah perempuan. Jadi hati-hati gunakan ‘krab’ dan ‘kha’ ye.

Sawaddi – Hello

‘Sawaddi’ ini bermaksud Hello dalam bahasa Thailand. Jadi jika anda ingin memulakan komunikasi bolehlah guna ‘sawaddi’ ini. Jangan lupa juga untuk gunakan kata ‘krab’ atau ‘kha’ mengikut jantina anda sewaktu menyebutnya.

Khob Khun – Terima Kasih

Dah sebut Sawaddi (Hello) mestilah kita kena belajar macam mana nak ucap terima kasih pulak kan? Dalam bahasa Thai, terima kasih disebut sebagai ‘Khob Khun’. Tambah juga ‘krab’ atau ‘kha’ di akhir ucapan anda. Sentiasalah mengucapkan terima kasih terutama buat mereka yang sering membantu anda.

Khun ‘Khun’ selalunya digunakan sewaktu anda menyapa seseorang dengan sopan sebelum nama orang tersebut. Perkataan ‘khun’ ini seolah-olah merujuk kepada cik, puan, dan encik. Sebagai contoh, jika ingin menyapa seseorang bernama Chris, anda perlu mengatakan ‘Khun Chris’. Khun

Phet – Pedas

Thailand ini memang kaya dengan pelbagai jenis makanan. Kalau anda jenis yang suka food hunting, perkataan ‘phet’ (pedas)  ini memang penting buat anda. Jika anda suka dengan makanan pedas , anda boleh kata ‘phet nit nawy’ jika anda ingin lebih pedas atau jika anda tidak mahu pedas, anda boleh kata ‘mai phet’.

Aroy – Sedap

Orang di Thailand ini sangat bangga dengan makanan mereka. Jadi jika anda mencuba sesuatu makanan, anda boleh memuji makanan tersebut dengan mengatakan ‘aroy’ terhadap peniaga makanan tersebut. Selain itu, anda boleh juga mengatakan ‘aroy dee’ atau ‘aroy mak’ untuk memberitahu yang makanan dihidangkan itu sedap.

Chai / Mai

‘Chai’ dalam bahasa Thailand bermaksud ya sementara ‘mai’ pula bermaksud tidak. Jangan lupa juga untuk tambahkan ‘krab’ atau ‘kha’ di akhir ayat anda.

Tao Rai

‘Tao Rao’ yang bermaksud ‘berapa harga’ ini sememangnya penting terutama sewaktu anda ingin berbelanja.

Lod Dai Mai?

Di Thailand ini sememang barang-barang menarik yang membuatkan anda teringin untuk membelinya. Dan kalau nak membeli terutama di kawasan peniaga, pastinya anda mahu berjual beli dengan peniaga tersebut. Kalau anda hendak diskaun untuk sesuatu barang, anda boleh kata ‘lod dai mai?’ yang bermaksud ‘boleh kurangkan harga?’ untuk meminta diskaun bagi sesuatu barang.

Chan Tong Pai

Semestinya kalau bercuti di sesuatu tempat, pastinya banyak tempat menarik yang ingin dikunjungi di Thailand ini. Memandangkan anda pun mungkin tidak arif dengan tempat-tempat di Thailand, jalan terbaik ialah bertanyakan kepada orang tempatan bagi mengelakkan anda sesat. Anda boleh kata ‘Chan Tong Pai…’ (Saya ingin pergi ke…’) untuk meminta mereka menunjukkan jalan.

Beli tiket masuk tarikan menarik di Thailand hanya di Tripcarte.asia