Tips Bercuti | Sabah

Sabah kini semakin terkenal sebagai salah satu destinasi percutian pilihan pengungjung dalam dan luar negara. Negeri di Bawah Bayu ini kaya dengan keindahan flora dan fauna yang mengasyikkan. Selain itu, Sabah juga terkenal dengan keindahan pulau-pulaunya yang bertaraf dunia seperti Pulau Mabul, Pulau Mantanani dan banyak lagi. Bercuti ke Sabah sememangnya menyeronokkan dan di sini, kami kongsikan beberapa tips buat anda yang ingin bercuti ke Sabah.

Tiket Kapal Terbang

Jika anda ingin membeli tiket kapal ke Sabah, disarankan untuk anda membeli tiket tersebut 6 bulan awal jika anda ingin harga tiket murah. Selain itu, anda juga boleh membeli tiket sewaktu syarikat penerbangan membuat promosi. Pastikan tarikh yang dipilih anda bukanlah waktu cuti umum atau perayaan kerana waktu tersebut selalunya harga tiket agak mahal berbanding waktu hari biasa.

Passport?

Memandangkan Sabah ini destinasi dalam negara sahaja, jadi untuk warganegara Malaysia tidak perlu untuk membawa passport, anda hanya perlu bawa kad pengenalan anda sahaja. Namun begitu, perlu diingatkan untuk anda yang tinggal di Semenanjung yang anda tidak boleh tinggal di Sabah ini lebih daripada 90 hari atau lebih 3 bulan.

Wang Tunai

Di Sabah ini, anda perlu bawa wang tunai yang mencukupi kerana di sini agak susah untuk anda berjumpa mesin ATM. anda susah untuk berjumpa dengan agak susah untuk anda jumpa dengan mesin ATM lagi-lagi jika anda bercuti ke kawasan pulau-pulau yang jauh dari kawasan bandar. Untuk persediaan jika berlaku kecemasan, bawalah wang tunai yang secukupnya.

Kereta Sewa

Jika anda bercuti ke kawasan Kundasang Sabah, pastikan anda telah menempah kereta sewa terlebih dahulu bagi memudahkan perjalanan anda ke destinasi yang dituju. Anda juga boleh meminta sama ada kereta sewa tersebut di hantar di airport atau pun hotel anda menginap.

Tempat Penginapan

Penginapan sememangnya sangat penting jika anda ingin bercuti. Di Sabah, terdapat banyak tempat penginapan menarik dengan harga yang berpatutan. Namun begitu, dengan jumlah pengunjung yang makin meningkat, lebih baik jika anda menempah hotel atau homestay sebulan sebelum tarikh anda pergi ke Sabah. Anda boleh baca blog di bawah ini untuk mengetahui tempat penginapan menarik di Sabah.

Itinerary

Sebelum anda bertolak ke Sabah, pastikan anda sudah merancang jadual perjalanan anda. Pilih tempat dan aktiviti menarik pilihan anda yang anda boleh enjoy bersama keluarga anda. Anda boleh pilih sama ada untuk pergi ke pulau-pulau di Sabah atau berjalan-jalan di kawasan bandar dan pasar-pasar di Sabah. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati makanan seafood di Pasar Filipin.

Shopping Cart