The Top Penang Theme Park [Terbaru di Tripcarte]

Kompleks Tun Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai KOMTAR merupakan bangunan tertinggi yang terdapat di Pulau Pinang ini. Pastinya jika anda ke Pulau Pinang ini, selain untuk menjejak tempat makan yang best, anda juga perlu melawat menara KOMTAR ini. Bangunan yang berketinggian 249 meter dan mempunyai 68 tingkat ini menempatkan kompleks beli-belah dan juga pejabat kerajaan di bahagian tingkat bawahnya. Komtar Penang juga mempunyai taman tema tertutup iaitu The Top Penang Indoor Theme Park yang menawarkan sehingga 18 tarikan menarik buat pengunjung yang hadir.

Antara aktiviti dan tarikan yang terdapat di sini untuk dicuba:-

Rainbow Walk

Saksikan pemandangan bandar Pulau Pinang yang menakjubkan dari  tingkat 68 Menara KOMTAR  di Rainbow Walk iaitu jambatan skywalk yang tidak berbumbung. Selain itu, anda juga boleh ke Observatory Deck  yang terletak di tingkat 65 jika anda inginkan suasana yang lebih selesa dan nyaman.

Jurassic Research Centre

Anda pernah lihat filem Jurassic Park? Sewaktu anda menonton filem tersebut pastinya anda ingin belajar dengan lebih banyak mengenai dinosaur yang telah pupus berjuta tahun dahulu. Kini anda boleh kembali ke masa lampau dan meneroka misteri zaman prasejarah di mana wujudnya dinosaur  di Jurassic Research Park. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu Taman Jurasic dan Makmal Dinosaur, anda dapat melihat dinosaur bersaiz sebenar dan  bagaimana telur dinosaur menetas.

7D Discovery Motion Theater

Alami pengalaman menonton wayang menakjubkan di 7D Discovery Motion Theater. Ruang teater yang dilengkapi dengan skrin bulat, kerusi pawagam yang bergerak akan memberi anda pengalaman menonton wayang realiti maya yang menakjukbkan. Anda akan merasai pengalaman seakan-akan di dalam filem yang ditayangkan tersebut.  

Tech Dome

Juga terletak di dalam Geodesic Dome KOMTAR, Tech Dome ini menempatkan lebih daripada 120 pameran sains dan teknologi interaktif. Diasaskan untuk mencetuskan minat masyarakat terutama bagi golongan kanak-kanak dan remaja dalam bidang sains dan teknologi, galeri pameran yang terdapat sini ialah Life Tech, Optic, Electro-Magnetism, Information Technology dan banyak lagi. Terdapat juga balai cerap untuk pengunjung mendalami keajaiban sains dan teknologi.

Ocean Explorer

Anda ingin menyelam dan meneroka keindahan dan misteri lautan biru tanpa perlu pergi ke laut atau membasahkan diri? Ocean Explorer akan membawa lautan kepada anda! Mengunakan teknologi tinggi dan skrin projektor, anda akan berpeluang melihat hidupan marin seperti jerung, ikan paus dan juga ikan lumba-lumba di sini. Tarikan ini menjanjikan pengalaman mendebarkan dan mengujakan setanding dengan realiti sebenar.

Penang Boutique Aquarium

Jika anda sudah melihat misteri hidupan laut, ketahui juga tentang hidupan flora dan fauna yang terdapat di lautan apabila anda melawat Penang Boutique Aquarium. Menjadi rumah kepada pelbagai hidupan laut, pastinya lawatan anda ke sini akan memberikan anda dan juga keluarga  pengetahuan mengenai hidupan dan juga habitat hidupan bawah laut ini.

Dino Gym

Sudah puas meneroka di Jurasic Research Centre, bawa keluarga anda ke Dino Gym iaitu sebuah taman hiburan tertutup bertemakan dinosaur yang membolehkan kanak-kanak bergerak aktif dengan berlari, slide, melompat, memanjat dan banyak lagi yang meransang perkembangan kanak-kanak. Anda juga boleh mengadakan sambutan hari jadi buat anak anda di sini.

Jelly Bump

Anda teringin nak berlaga kereta dan hilangkan tekanan anda? Di Jelly Bump ini, anda boleh berlaga kereta tanpa lesen pun, terbahagi kepada dua bahagian iaitu untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Anda boleh pilih mana yang sesuai buat anda dan keluarga anda di Jelly Bump ini.

Banyak lagi aktiviti yang anda boleh cuba bersama keluarga di The TOP Penang Theme Park ini. Anda kena datang sendiri ke sini untuk alami pengalaman menakjubkan yang pastinya anda sekeluarga tidak boleh lupakan. Anda boleh beli tiket masuk The TOP Penang Theme Park ini di kaunter masuk atau lebih mudah jika anda beli secara atas talian melalui Tripcarte.