Tempat Menarik Cuti Sekolah 2019

SCHOOL BREAK PROMO | SEHINGGA 18 OGOS 2019

Cuti sekolah hampir tiba. Inilah masanya untuk ibu bapa meluangkan masa lebih buat anak-anak mereka. Buat kanak-kanak, cuti sekolah inilah waktu yang ditunggu kerana tidak perlu bangun pagi untuk ke sekolah. Untuk ibu bapa bila dengar cuti sekolah sahaja mesti dah pening kepala mencari idea untuk bawa keluarga bercuti. Jangan risau, di sini terdapat senarai tempat dan aktiviti buat anda kunjungi bersama keluarga cuti sekolah ini.

Kuala Lumpur

Zoo Negara

Tempat tumpuan pengunjung dari luar dan dalam keluarga, Zoo Negara sentiasa menjadi pilihan ibu bapa untuk bawa anak-anak mereka untuk melihat haiwan-haiwan. Menempatkan pelbagai spesies haiwan dari jenis, mamalia, karnivor dan lain-lain, Zoo Negara merupakan tempat yang sesuai untuk anda kenalkan spesies haiwan kepada anak-anak anda.

Lokasi : Jalan Ulu Kelang, Kemensah Heights, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia.

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 5.00 petang | Setiap Hari

Aquaria KLCC

Sambil melawat KLCC bersama keluarga, ambil peluang ini juga untuk luangkan masa bersama keluarga di Aquaria KLCC untuk melihat hidupan marin yang terdapat di sini. Menempatkan sehingga 250 spesis hidupan laut dalam terowong akuarium, anda dan keluarga dapat melihat penyu, penguin, jerung dan banyak lagi.

Lokasi: KLCC, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 8.00 malam | Setiap Hari

KL Tower

Bawa keluarga anda ke Menara KL cuti sekolah ini dan mereka pasti teruja dapat melihat pemandangan bandar Kuala Lumpur di Menara KL pada ketinggian 276 meter. Jangan lepaskan untuk bergambar bersama keluarga dengan berlatarbelakangkan pemandangan Kuala Lumpur di Sky Box.

Lokasi: No. 2 Jalan Punchak, Off, Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 10.00 malam | Setiap Hari termasuk cuti umum & cuti sekolah

Berjaya Times Square Indoor Theme Park

Siapa sangka dalam shopping mall ini mempunyai taman temanya sendiri. Berjaya Times Square Indoor Theme Park ini menawarkan pelbagai aktiviti buat anda dan keluarga sertai. Terbahagi kepada 2 zon iaitu Galaxy Zone untuk dewasa dan Fantasy Zone untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun,  Berjaya  Times Square Theme Park merupakan destinasi pilihan cuti sekolah anda bersama keluarga.

Lokasi: Berjaya Times Square, 09-103, 9th Floor, No.1, Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam | Setiap Hari

The Rift Mid Valley

Permainan video dengan teknologi VR/AR kian popular pada waktu kini. Dengan munculnya filem seperti Ready Player One yang membawa pemain untuk mengalami dan merasai pengalaman bermain seperti dalam alam nyata, pastinya anda pun ingin merasai pengalaman permainan video seperti ini bukan? Tidak perlu pergi jauh kerana di The Rift Mid Valley, anda dan keluarga akan merasai pengalaman permainan video yang lain dari yang lain. Alami kehangatan VR/AR melalui permainan seperti Zero Latency, Beat Saber, Terminator X dan banyak lagi.

Lokasi: The Rift, Mid Valley City, 58000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 11.00 pagi – 10.00 malam | Isnin-Jumaat
10.00 pagi – 10 malam | Sabtu & Ahad

Selangor

Kuala Selangor Fireflies

Memandangkan sekarang ini, susah untuk melihat kelip-kelip terutama buat mereka yang tinggal di kawasan bandar, ambil peluang ini untuk bawa keluarga anda ke Firefly Park Resort di Kuala Selangor  untuk melihat kelip-kelip yang hanya boleh dijumpai di Malaysia dan juga di Brazil. Anda dan keluarga dapat belajar tentang habitat kelip-kelip dan kepentingannya sekali, jadi jangan lepaskan peluang untuk melihat kelip-kelip ini depan mata anda.

Lokasi: Firefly Park Resort, Kampung Bukit Belimbing, 45000 Kuala Selangor, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi: 7.00 malam – 12.00 malam |

*Sila periksa cuaca sebelum tiba.


Sunway Lagoon

Sejak Sunway Lagoon ini dibuka pada tahun 1992, taman tema ini sering menjadi pilihan ibu bapa untuk bawa keluarga bercuti dan bersuka-ria terutama pada cuti sekolah. Dengan keluasan 88 ekar dan mempunyai sehingga 90 pilihan aktiviti buat anda dan keluarga dari taman tema air sehinggalah taman tema ekstrem, tidak hairanlah Sunway Lagoon merupakan destinasi pilihan cuti sekolah ini.

Lokasi: Sunway Lagoon, 3, Jalan PJS 11/20, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 6.00 petang | Setiap Hari

KidZania KL

Taman tema bertemakan hiburan dan pendidikan ini merupakan destinasi wajib untuk dikunjungi buat anda yang mempunyai anak yang berumur 4-14 tahun. Di sini mereka dapat merasai pengalaman seolah-olah dalam dunia kerjaya sebenar, seperti menjadi pembaca berita, bomba, doktor dan sebagainya.  Sedikit sebanyak meluangkan masa di sini,  dapat membantu mereka untuk menerokaui kerjaya yang diminati.

Lokasi: Curve NX, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 5.00 petang | Selasa-Jumaat

10.00 pagi – 7.00 malam | Sabtu & Ahad/Cuti Umum & Cuti Sekolah

  • Ditutup setiap Isnin kecuali pada cuti umum dan cuti sekolah

AirRider Indoor Skydiving One Utama

Pernah terbayang untuk mencuba aktiviti skydiving tapi anda risau harga mahal dan tiada pengalaman? Kini anda boleh mencuba aktiviti skydiving dalam mall sahaja di AirRider Indoor Skydiving One Utama  walaupun anda tiada pengalaman dan bajet yang banyak.  Bezanya, di sini, anda akan  berskydiving di dalam terowong angin. Anda juga boleh bawa keluarga anda untuk mencuba aktiviti ini bersama memandangkan terdapat instruktor yang akan membantu anda sepanjang anda dalam terowong angin tersebut.

Lokasi: AirRider Indoor Skydiving, 1 Utama Shopping Centre, 1 Utama E, 圣雷, City, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam | Setiap Hari

Langkawi

Langkawi Sky Cab

Tak lengkap kalau anda dan keluarga ke Langkawi jika tidak singgah untuk menaik kereta kabel. Menjadi tarikan utama di Langkawi, kereta kabel yang mempunyai kepanjangan sejauh 2.2km ini membolehkan anda dan keluarga untuk melihat pemandangan yang terdapat di Langkawi ini. Jangan lepaskan peluang untuk ke Jambatan Gantung atau Skybridge yang dibina di atas Gunung Machinchang untuk bergambar dan melihat panorama Langkawi yang menakjubkan.

Lokasi: Langkawi Cable Car, Jalan Telaga Tujuh, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 9.00 pago – 7.00 malam | Setiap Hari

Underwater World Langkawi

Langkawi sememangnya destinasi percutian buat keluarga. Ini kerana terdapat banyak tempat dan aktiviti yang anda sekeluarga boleh lakukan di sini seperti melawat Underwater World Langkawi. Underwater World Langkawi mempunyai sehingga 11 zon seperti River Ecosystem, Tropical Rainforest, dan Sub-Antartica Section. Pelbagai spesis hidupan akuatik yang anda sekeluarga boleh lihat di sini seperti penguin, jerung dan ikan pari.

Lokasi: Underwater World Langkawi, Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 6.00 petang | Hari Biasa
9.30 pagi – 6.30 malam | Cuti Umum & Cuti Sekolah

Crocodile Adventureland Langkawi

Tahu tak sebenarnya buaya telah wujud sejak 83.5 juta tahun dahulu. Jadi jika anda ingin melihat buaya ini dari jarak dekat, Crocodile Adventureland Langkawi merupakan destinasi yang perlu dituju. Mempunyai sehingga 4,000 ekor buaya dari pelbagai spesis seperti Buaya Tembaga, Buaya Siam dan banyak lagi, di sini selain dapat melihat buaya-buaya ini dengan lebih dekat, anda boleh bergambar dengan buaya dan pad masa yang sama boleh belajar mengenai buaya dengan lebih banyak.

Lokasi: Crocodile Adventureland Langkawi, Mukim Air Hangat, Jalan Datai, Kampung Kubang Badak, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 6.00 petang | Setiap Hari

Melaka

A’Famosa Theme Park

A’Famosa Resort merupakan destinasi pilihan untuk percutian keluarga kerana mempunyai pelbagai jenis tarikan dalam satu destinasi. Mempunyai aktiviti untuk dibuat seharian, pada waktu pagi anda dan keluarga boleh bermandi-manda di  taman tema air, kemudian melawat haiwan-haiwan di Wildlife Park dan pada sebelah malam pula, akhiri hari anda dan keluarga dengan mnyaksikan karnival di  Cowboy Town. Jangan lepaskan peluang juga untuk membeli-belah di Freeport A’Famosa Outlet sebelum anda beransur balik.

Lokasi: A’Famosa Theme Park, Jalan Kemus / Sempang Ampat, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka

Waktu Operasi:

A’Famosa Taman Tema Air

  • 11.00 pagi – 7.00 malam | Isnin- Jumaat  *
  • 9.00 am – 7.00 malam | Sabtu & Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah

* Ditutup setiap Selasa kecuali cuti umum dan cuti sekolah

A’Famosa Safari Wonderland

  • 9.00 pagi – 5.00 petang | Setiap Hari

Old West Cowboy Town

  • 6.00 petang – 12.00 malam | Ditutup setiap Selasa kecuali cuti umum & cuti sekolah

Melaka Alive

Anda berminat untuk menjadi lanun seperti Captain Jack Sparrow? Di Melaka Alive Pirate Adventure, anda sekeluarga berpeluang untuk menjadi lanun untuk sehari! Mencari harta karun, berlawan dengan raksaksa laut dan banyak lagi pengalaman menarik buat anda dan keluarga di sini.

Lokasi: Melaka Alive, Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 7.00 malam

Bayou Lagoon Park

Buat anda yang ada keluarga besar dan mencari taman tema air yang ideal, Bayou Lagoon Melaka merupakan destinasi yang sesuai untuk dituju terutama pada waktu cuti sekolah. Taman tema air yang sesuai buat kanak-kanak, di sini anda boleh beri peluang kepada mereka untuk bersuka ria kerana di sini lebih tertumpu kepada kanak-kanak.

Lokasi: Bayou Lagoon Park Resort, Melaka, Jalan Wakaf Utama 1, 75450 Melaka

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 7.00 malam | Isnin-Jumaat*

8.00 pagi – 7.00 malam | Sabtu & ahad, Cuti Umum & Cuti Sekolah

Perak

Bukit Merah Laketown Resort

Bukit Merah Laketown Resort merupakan salah satu tempat popular yang terdapat di Perak kerana menjadi tumpuan pengunjung luar dan dalam negara kerana tempatnya yag menarik dan harganya berpatutan. Mempunyai pelbagai tarikan menarik seperti Lazy River, Sandy Beachfront Wave Pool, Water Speed Slides dan banyak lagi untuk anda sekeluarga bermain. Juga, jangan lepaskan peluang untuk bawa keluarga anda  ke Orang Utan Island yang terdapat di sini.

Lokasi: Bukit Merah Laketown Resort, Jalan Bukit Merah Taiping 34400 Semanggol, PERAK Malaysia

Waktu Operasi: 11 pagi – 7.00 malam | Ditutup setiap Selasa kecuali cuti umum dan cuti sekolah

Lost World Of Tambun

Merupakan antara taman tema terawal di Malaysia, di Lost World of Tambun ini banyak aktiviti yang anda boleh lakukan bersama keluarga di taman tema ini. Terdapat 10 taman tema di sini dan sehingga 64 tarikan dan aktiviti buat anda sekeluarga. Anda dan keluarga boleh melawat haiwan-haiwan di Petting Zoo, bermain di Amusement Park, dan  bermandi-manda di Water Park. Pada sebelah malam pula, anda sekeluarga boleh rehatkan diri di Hot Spring & Night Spa setelah seharian bermain  di sini.

Lokasi: Lost World Hot Springs & Night Park, No. 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Perak, Ipoh, 31150 Ipoh, Negeri Perak

Waktu Operasi:

Lost World Theme Park

  • 11.00 pagi – 6.00 petang | Isnin – Jumaat
  • 10.00 pagi – 6.00 petang | Sabtu & Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah

Lost World Hot Spring & Night Park

  • 6.00 petang  – 11.00 malam | Isnin – Ahad

*Ditutup setiap Selasa kecuali cuti umum & cuti sekolah

Penang

Entopia By Penang Butterfly

Pulau Pinang selain terkenal dengan makanan juga terkenal dengan banyak tempat menarik yang terdapat di sini. Salah satu tempat menarik yang terdapat di sini ialah Entopia by Penang Butterfly  iaitu taman rama-rama. Menempatkan sehingga 15,000 ekor rama-rama buat tatapan anda, Entopia by Penang Butterfly merupakan destinasi percutian cuti sekolah buat anda sekeluarga yang pastinya akan membuat anda takjub dengan kecantikan taman rama-ramanya.

Lokasi: Entopia by Penang Butterfly Farm, No.830, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 6.00 petang | Setiap Hari

Teddyville Museum

Jika anda peminat patung beruang, TeddyVille Museum Penang ini merupakan destinasi wajib yang perlu dituju anda sewaktu anda dan keluarga bercuti di Pulau Pinang. Terletak di tingkat bawah Double Tree Resort by Hilton Penang, terbahagi kepada 23 bahagian, di sini anda akan dibawa untuk melihat beberapa lokasi ikonik yang terdapat di Penang dengan penduduknya ialah patung beruang. Anda dan keluarga pasti akan terhibur melihat patung-patung beruang yang terdapat di sini.

Lokasi: TeddyVille Museum Penang, 56, Jalan Low Yat, Puncak Ria, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 6.00 petang | Setiap Hari

Johor

Sanrio Hello Kitty Town

Sanrio Hello Kitty Town merupakan tempat untuk anda bawa anak kecil anda bermain dan berjumpa dengan karakter Hello Kitty yang comel. Melawat rumah Hello Kitty, bergambar bersama Hello Kitty dan karakter Sanrio yang lain dan juga bermain di Kitty  Tea Cup Ride sewaktu anda dan keluarga di sini.

Lokasi: Sanrio Hello Kitty Town, Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 79000 Nusajaya, Johor

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 6.00 petang | Ditutup setiap Selasa kecuali pada cuti umum & cuti sekolah

Legoland Malaysia

Rugi jika anda sekeluarga ke Johor tapi tidak bercuti di Legoland Malaysia. Mempunyai 3 taman tema iaitu Legoland Theme Park, Legoland Water Park dan terbaru Legoland Sea Life, tidak cukup jika jika anda dan keluarga hanya meluangkan sehari di Legoland ini sekurangnya anda dan keluarga perlu meluangkan masa 2 hari di sini jika anda ingin mencuba dan melawat semua tarikan yang terdapat di sini.

Lokasi: LEGOLAND Malaysia, No 7, Jalan Legoland, Bandar, 79250 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 6.00 petang | Setiap Hari

Future Land Fun Zone

Seperti namanya Future Land Fun Zone, di sini terdapat pelbagai permainan video berteknologi tinggi seperti VR/AR, 6D, 7D, 9D dan Holographm. Mempunyai tiga cawangan yang terletak di KL, Penang dan Johor, anda dan keluarga boleh memilih cawangan mana untuk pergi sepanjang cuti sekolah ini.

Lokasi:

  • Sunway Piramid, Petaling Jaya Selangor.
  • Paradigm Mall, Skudai, Johor.
  • Gurney Plaza, Penang.

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam | Setiap Hari