10 TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI CUTI SEKOLAH INI [SCHOOL BREAK 2019]

School Break 2019 | 25 Julai 2019 – 18 Ogos 2019 | Diskaun sehingga 55%

Memandangkan cuti pertengahan tahun bakal menjelang dalam 2 minggu lagi, pastinya para ibu bapa  sudah patut bersedia dengan aktiviti-aktiviti dan tempat untuk dilawati bersama keluarga anda. Buat ibu bapa yang masih mencari tempat-tempat menarik untuk dilawati cuti sekolah ini, di sini terdapat senarai 10 aktiviti dan tempat menarik untuk dilawati cuti sekolah ini.

KL Tower

Selain berfungsi sebagai menara telekomunikasi, Menara KL juga merupakan tempat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Menawarkan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung, di Menara KL ini anda boleh bawa keluarga anda untuk melihat panorama Kuala Lumpur menerusi Observation Deck atau berjalan di Sky Deck pada ketinggian 300 meter. Selain itu, bawa juga keluarga anda ke Menara KL Mini Zoo dan juga KL Upside Down House yang terletak berhampiran dengan Menara KL ini.

The Rift Mid Valley

Jika anda mencari aktiviti yang menyeronokkan untuk anda dan anak remaja anda cuti sekolah ini, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk ke The Rift Mid Valley. The Rift Mid Valley merupakan sebuah taman tema VR/AR terbesar di Asia Tenggara dan mempunyai sehingga 14 permainan video untuk dicuba anda seperti Beat Saber iaitu permainan VR yang memerlukan pemain untuk atau boleh berlumba kereta secara simulator dengan kesan bunyi dan visual realistik di Race Room. Selain itu, anda dan keluarga juga boleh mencuba Terminator X iaitu permainan laser tag yang memerlukan sehingga 4-6 pemain.

Berjaya Times Square Indoor Theme Park

Di Berjaya Times Square ini terletaknya satu-satunya taman tema indoor iaitu Berjaya Times Square Indoor Theme Park yang terletak di tengah bandar Kuala Lumpur. Taman tema tertutup seluas 133 000 kaki ini juga merupakan taman tema tertutup terbesar di Asia Tenggara. Dibahagikan kepada dua bahagian; Galaxy Station untuk dewasa dan Fantasy Garden untuk kanak-kanak, terdapat sehingga 14 permainan di sini yang boleh anda sekeluarga pilih untuk cuba seperti Cosmo Theater, Supersonice Odyssey roller coaster, Spinning Orbit dan banyak lagi. Selain meluangkan masa bersama keluarga, anda juga boleh membeli-belah di sini.

Air Rider Indoor Skydiving

Kalau anda sekeluarga sukakan cabaran tapi tidak mahu pergi jauh, apa kata cuba Air Rider yang terdapat di One Utama ini. Anda akan merasai pengalaman yang sama seolah-olah anda tengah skydiving di udara cuma bezanya anda akan berskydiving di dalam terowong angin.  Jangan risau kerana, sepanjang anda di dalam terowong angin tersebut, terdapat seorang instructor yang akan menemani dan memberi tunjuk ajar kepada anda. Anak anda pastinya teruja dengan aktiviti seperti ini.

FlowRider

Kalau AirRider, anda akan alami pengalaman skydiving dalam terowong angin, di Flow Rider pula, anda boleh bersurfing tanpa perlu pergi ke Hawaii. Anak anda pastinya gembira dapat bermain dengan air dan pada masa yang sama belajar surfing. Yelah dekat Malaysia, susah nak belajar surfing ni, jadi dah alang-alang FlowRider dibuka di One Utama ini, bawa anak-anak anda belajar surfing cuti sekolah ini.

Aquaria KLCC

Jika anda ingin membeli belah dan pada masa yang sama ingin membawa anda melawati tempat menarik, KLCC merupakan tempat yang perlu dituju. Aquaria KLCC yang merupakan akuarium terbesar di Asia Tenggara ini terletak  di bahagian bawah Kuala Lumpur Convention Centre. Dihuni oleh 150 spesis hidupan marin seperti ikan pari, Tigers Shark, ikan piranha dan banyak lagi, anda -anak anda pasti teruja dapat melihat hidupan marin ini secara lansung depan mata. Juga, pada waktu tertentu jika anda bernasib baik, anda dan keluarga dapat menyaksikan saksikan juga bagaimana hidupan marin ini diberi makan secara manual.

Future Land Fun Zone

Mengunakan tagline ‘We blur the boundaries between reality and virtuality’, Future Land Fun Zone ini merupakan sebuah tempat hiburan keluarga yang lain dari yang lain. Menggunakan teknologi terkini, di sini pelbagai jenis permainan yang boleh anda sekeluarga cuba dari permainan VR/AR sehinggalah permainan 6D, 7D, 9D dan Holographm. Mempunyai 3 cawangan, Future Land Fun Zone ini boleh dikunjungi di Sunway Piramid, Paradigm Mall Skudai, Johor dan Gurney Plaza, Penang.

Rentas Adventure

Anda sekeluarga ingin mencuba aktiviti yang ekstrem cuti sekolah ini? Kuala Kubu Bharu ini sememangnya terkenal dengan pelbagai aktiviti mencabar seperti water rafting, paragliding, dan banyak lagi. Sesuai dengan tempatnya yang kaya dengan keindahan alam semula jadi, di sini juga terdapat aktiviti ekstrem baru yang mungkin anda ingin cuba bersama keluarga iaitu Zipline dan Rope Swing by Rentas. Rope swing by Rentas di Kuala Kubu Bharu ini merupakan satu-satunya tempat yang anda boleh cuba rope swing di Malaysia ini. Jangan lupa untuk singgah di Air Terjun Sungai Chiling untuk bermandi manda dan rehatkan diri setelah cuba aktiviti tersebut.

Sunway Lagoon

Mempunyai 90 jenis permainan dengan keluasan 88 ekar dan tarikan untuk semua tanpa mengira peringkat umur, banyak perkara menarik yang boleh anda dan keluarga boleh cuba di sini. Terdapat  6 taman tema di Sunway Lagoon ini iaitu Water Park, Amusement Park, Scream Park, Adventure X, Wildlife Park dan Lost Lagoon. Bestnya di Sunway Lagoon, pastinya taman tema airnya yang mana terdapat pelbagai gelongsor air yang mengujakan dan kolam air yang menarik. Jika anda mempunyai anak yang berumur 12 tahun ke atas, bolehlah bawa mereka untuk mencuba gelongsor air Vuvuzela yang merupakan gelongsor air setinggi 11 tingkat.

Semoga percutian anda bersama keluarga dipenuhi momen-monen indah cuti sekolah ini. Baca Travelers Blog untuk banyak lagi idea tempat menarik di Malaysia untuk dikunjungi cuti sekolah ini. Dapatkan juga tiket masuk tempat dan aktiviti menarik dengan harga promosi hanya di Tripcarte.Asia