Menarik di Menara Kuala Lumpur | Tiket Menara KL 2019

Menara KL

Menara KL yang berketinggian 421m ini merupakan Menara telekomunikasi tertinggi di Asia Tenggara dan ketujuh tertinggi di dunia. Terletak di tengah kota dan dalam Hutan Simpan Bukit Nanas, Menara KL ini merupakan destinasi yang perlu anda kunjungi sewaktu anda di sini.

Menariknya di Menara KL terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini tanpa anda sedari. Anda boleh melihat dan bergambar swafoto di Skybox KL Tower dan melihat pemandangan sekitar bandar KL menerusi Observation Deck di ketinggian 276m.

Selain itu, jika anda mencari idea untuk meraikan ulang tahun anda bersama pasangan, di Menara KL terdapat Restoran Atmosphere 360 untuk anda raikan pasangan anda. Anda dan pasangan dapat melihat pemandangan bandaraya KL pada waktu malam.

Menjadi satu-satunya menara telekomunikasi yang di bina di dalam hutan, anda jangan lepaskan peluang untuk ke Eco Rimba Park untuk melihat kehijauan alam semula jadi di tengah kota yang dipenuhi hutan batu ini. Berjalan di jambatan gantung / Canopy Walk sambil berjungle trekking di sini.

Tiket Menara KL

Anda boleh dapatkan tiket Menara KL di kaunter Menara KL atau boleh beli secara online melalui Tripcarte.Asia

Observation Deck 

Kanak-kanak (4-12 tahun)Dewasa (13-54 tahun)
Warganegara (Mykad)RM 18RM 27
Pelancong AsingRM 27RM 45

Sky Deck & Observation Deck 

Kanak-kanak (4-12 tahun)Dewasa (13-54 tahun)
Warganegara (Mykad)RM 34RM 64
Pelancong AsingRM 47RM 90

*Harga yang dipamerkan merupakan harga daripada Tripcarte.Asia