5 Pulau Family-Friendly di Malaysia untuk Dikunjungi

Pulau Redang

Merupakan destinasi percutian popular di Malaysia dalam kalangan pengunjung dalam dan luar negara. Terletak di bahagian pantai timur Malaysia, Pulau Redang merupakan destinasi percutian yang mesra keluarga buat anda yang ingin bawa keluarga bercuti. Mempunyai pelbagai pilihan penginapan untk anda yang ingin bercuti lama di sini, terdapat juga aktiviti-aktiviti yang boleh anda dan keluarga lakukan bersama.

Langkawi

Pulau yang terkenal dengan kisah Mahsurinya ini sering menjadi pilihan ibu bapa untuk bawa anak-anak mereka bercuti. Cable Car Langkawi dan Langkawi Underwater World antara destinasi pilihan untuk bawa keluarga bercuti di Langkawi ini. Aktiviti air seperti Island Hopping, snorkeling, dan bermandi-manda, juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan buat kanak-kanak. Tidak hairanlah jika pulau Langkawi sentiasa menjadi pilihan sebagai destinasi percutian keluarga.

Pulau Pinang

Jika anda mencari tempat untuk bawa anak-anak anda meneroka, budaya, kesenian dan keindahan flora dan fauna, Pulau Pinang merupakan destinasi yang perlu dituju anda. Pulau Pinang merupakan sebuah pulau yang terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka dan dihubungkan oleh Jambatan Pulau Pinang. Anda boleh ke Entopia Melaka untuk melihat kecantikan  lebih 15000 ekor rama-rama yang mengkagumkan atau meneroka keindahan alam semula jadi di hutan hujan tropika yang berusia 130 juta tahun di The Habitat Penang Hill.

Pulau Perhentian

Jika anda mencari destinasi percutian yang menenangkan buat anda dan keluarga, Pulau Perhentian merupakan destinasi bercuti buat anda sekeluarga. Anda boleh memilih untuk menginap di Perhentian Kecil atau di Perhentian Besar kerana di sini terdapat pelbagai pilihan tempat penginapan dalam harga yang berpatutan. Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan lain yang tersedia buat anda sekeluarga bercuti dengan tenang di sini.

Pulau Sapi

Jika anda mempunyai bajet yang lebih, bolehlah bercuti di Pulau Sapi di Sabah ini. Sabah yang terkenal dengan keindahan pulaunya dan salah satunya ialah Pulau Sapi. Pulau Sapi antara 5 pulau yang termasuk dalam Taman Marin Tunku Abdul Rahman selain dari Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Terkenal dengan air lautnya yang berwarna hijau kebiru-biruannya sehingga kejernihan air lautnya membolehkan anda melihat sehingga 10 meter dalam, pengalaman bercuti di sini bersama keluarga anda pastinya tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.

Ikuti Blog Tripcarte.Asia untuk lebih banyak aktiviti dan tempat menarik yang terdapat di Malaysia.