BARANG YANG PERLU DIBAWA KETIKA BERCUTI DI PULAU

Malaysia sememangnya terkenal dengan keindahan dan kecantikan pulau-pulaunya sehingga menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Seronok sebenarnya jika dapat bercuti ke pulau ini, selain dapat berehat anda juga dapat tenangkan fikiran sambil menikmati pemandangan yang indah.

Pakaian Renang

Kalau dah namanya pun pergi pulaukan, mestilah wajib untuk anda melakukan sukan air seperti scuba diving, snorkeling, jetski, dan ‘banana boat’. Dan kalau dah buat aktiviti sukan air ni, anda mestilah memakai pakaian yang sesuai seperti pakaian renang kerana lebih selesa berbanding anda memakai baju cotton. Jangan lupa tuala juga, kalau tak anda akan kesejukan selepas bermain air nanti.

Sunscreen/Sunblock

Sunscreen/Sunblock ialah benda wajib yang perlu anda bawa jika bercuti di pulau jika anda tidak mahu kena sunburn. Yelah, kalau bercuti di pulau ini, anda akan banyak berjemur di bawah cahaya matahari, jadi kalau sayang kulit tu, jangan lupa bawa sunblock.

Bawa cash yang mencukupi

Ini pun penting sebab anda kena tahu yang di pulau-pulau ini tiada mesin ATM ye. Melainkan anda ke Pulau Langkawi atau Pangkor yang anda boleh sewa kereta atau motor untuk mencari mesin ATM.  Jadi sediakan cash yang mencukupi sepanjang anda bercuti sebagai persediaan untuk hal-hal emergency.

Pakaian Selesa & Sandal

Dah namanya pun bercuti ke pulau kan, jangan pula anda ootd macam nak pergi Dinner. Bawa pakaian yang selesa dan sesuai dengan tempat dan cuaca di pulau tersebut. Paling penting jangan lupa untuk bawa sandal bagi memudahkan anda untuk berjalan-jalan.

Backpack

Nak bercuti di pulau ini, anda tidak perlu bawa beg bagasi yang besar-besar. Cukup sekadar anda bawa backpack untuk menyimpan barang-barang anda keperluan seperti baju dan tioletries bagi memudahkan anda bergerak dan sandang beg tersebut. Bawa juga dry beg bagi mengelakkan beg anda basah.

Toiletries

Tak semua tempat penginapan di pulau-pulau tersebut menyediakan kelengkapan toiletries, jadi sebagai persediaan lebih baik jika anda bawa sendiri toiletries anda. Beli travel kit untuk simpan barang-barang keperluan anda.