Raikan musim panas 2019 di Sunway Lagoon

Sunway Lagoon yang terletak di Petaling Jaya, kira-kira 15km dari bandaraya Kuala Lumpur ini merupakan taman tema yang wajib anda kunjungi bersama keluarga. Menawarkan pelbagai tarikan dari taman tema air dan taman tema kering, terdapat pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan buat anda seisi keluarga tidak kira peringkat umur.

Sunway Lagoon KL yang telah dibuka sejak tahun 1993 ini mempunyai sehingga 90 tarikan yang merangkumi 6 taman tema yang terbahagi kepada 4 taman tema kering dan 2 taman tema air. Tarikan tersebut termasuklah Sunway Lagoon amusement park, Scream Park, Wildlife Park, Extreme Park, Water Park dan juga taman tema Nickelodeon yang pertama di Asia iaitu Nickelodeon Lost Lagoon.

Wohoooo!

Sunway Lagoon Amusement Park

Bermain sepuas hati anda di Sunway Lagoon Amusement Park yang mempunyai pelbagai jenis tarikan bertemakan ‘koboi’ dan ‘red indians’. Anda boleh menaiki kapal lanun yang berputar 360 darjah di Pirates Revenge atau bermain roller coaster di Lost City of Gold Scream Coaster. Selain itu, anda boleh juga berjalan di Pedestrian Suspension Bridge yang diiktiraf sebagai jambatan gantung terpanjang di dunia sejauh 428m. Untuk anda yang membawa kanak-kanak yang tidak melepasti syarat ketinggian untuk permainan lain anda boleh bermain di It’s Wild Wild West yang menempatkan aktiviti seperti Colorado Splash, dan Grand Canyon River Rapids atau di Carousel yang menempatkan aktiviti untuk anak kecil anda.   

Scream Park

“Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!” Itulah jeritan yang akan didengari anda, saat anda mula melangkah masuk Lynton V Harris’ Scream Park. Alami pengalaman mendebarkan dan mengejutkan dengan kehadiran zombie, hantu dan banyak lagi yang pasti akan membuat anda tidak tidur malam. Sertai juga Night Of Fright iaitu festival bagi meraikan Halloween yang diadakan pada setiap tahun pada bulan Oktober.

Extreme Park

Bungee Jump dan G-Force ini merupakan aktiviti di extreme park yang mesti anda cuba. Alami pengalaman terjun platform setinggi 21 meter atau dilastik pada kelajuan 0 – 120km/hr dalam masa dua saat yang boleh mencapai sehingga 65 meter yang kemudian akan membuat anda berpusing 360 darjah. Pengalaman mencuba aktiviti ekstrem ini pastinya akan berbekas di memori anda. Nasihat buat anda yang ingin mencuba aktiviti ini, jangan makan sebelum anda melakukan aktiviti-aktiviti ini. Jika anda tiada bajet tapi masih ingin mencuba aktiviti di Extreme Park ini, terdapat aktiviti lain yang boleh anda cuba seperti archery, go kart, paintball dan banyak lagi. 

Wildlife Park

Lawati Sunway Lagoon Wildlife Park ini yang menempatkan lebih daripada 150 spesis haiwan dari pelbagai spesis. Menjadi tempat pilihan untuk dilawati terutama jika anda mempunyai anak kecil, kerana mereka pastinya akan teruja melihat haiwan-haiwan yang terdapat di zoo intraktif ini. Jumpa juga Zola dan Zuri yang merupakan singa putih yang merupakan tarikan utama di Wildlife Park ini.

Sunway Lagoon Water Park

Kalau di taman tema air ini, tarikan paling popular pastinya Water’s of Africa. Anda dan keluarga boleh berlumba gelongsor di Congo Challenge atau bergelongsor di African Python. Selain itu, terdapat banyak lagi permainan air lain yang boleh dicuba seperti, Cameron Climb, Little Zimbabwe, Vuvuzela dan Waterplexx 5D. 

Sunway Lagoon Nickelodeon Lost Lagoon 

Dah puas di bahagian Waters of Africa, cuba pulak bermain di taman tema Nickelodeon pertama di Asia. Anda boleh berjumpa dengan karakter Nickeloeon kegemaran anda seperti Spongebob Squarepants, Dora The Explorer dan juga Teenage Mutant Ninja Turtle. Monsoon360, Primeval, Kubarango dan banyak lagi yang menanti anda di Sunway Lagoon Lost Lagoon ini.

Harga Sunway Lagoon

Buat anda yang ingin membeli tiket Sunway Lagoon terdapat beberapa pilihan untuk anda.

Beli tiket Sunway Lagoon anda secara online menerusi www.tripcarte.asia

Kanak-KanakDewasaWarga Emas
Warganegara (Mykad)RM 103.96RM 126.96RM 103.96
Pelancong AsingRM 156.40RM 185.84RM 156.40

 atau

Jika anda pengunjung tetap Sunway Lagoon, Anda boleh dapatkan Sunway Lagoon Passport yang memberi anda akses khas untuk masuk ke 6 taman di Sunway Lagoon tanpa had untuk 365 hari.

Hari anda di Sunway Lagoon pastinya tidak suram dengan pelbagai aktiviti dan permainan yang boleh dicuba oleh anda seisi keluarga. Tiada alasan untuk anda tidak membawa keluarga anda bercuti dan beriadah di Sunway Lagoon Kuala Lumpur ini. Klik link di bawah untuk membeli tiket Sunway Lagoon.