Pulau Redang, Destinasi Percutian yang Perlu Anda Pergi di Terengganu.

Pulau Redang, Terengganu ini sentiasa menjadi destinasi pilihan ramai pelancong luar dan dalam negara untuk bercuti di Semenanjung Malaysia kerana keindahan pantai dan alam semula jadinya. Anda pastinya akan terpesona dengan kejernihan air lautnya, pantainya dan juga hidupan marin yang terdapat di sini.

Dikelilingi oleh 9 buah pulau yang lain,anda boleh melawat pelbagai tempat menarik yang terdapat di Pulau Redang ini. Istirehat sambil bermain di tepi pantai di Pantai Teluk Dalam atau Pantai Teluk Kalong yang popular di sini. Nikmati juga pemandangan matahari terbenam pada waktu senja sewaktu anda beriadah di kawasan pantai Pulau Redang ini.

Aktiviti wajib yang ada perlu lakukan di Pulau Redang ini pastinya aktiviti snorkeling yang akan membawa anda melihat kecantikan hidupan marin yang terdapat di dalam laut dan juga terumbu karang. Anda boleh ke Tanjung Tengah Redang, Tanjung Mak Cantik, atau Taman Laut Redang untuk snorkeling. Sekiranya anda bernasib baik, anda mungkin berpeluang untuk melihat penyu di dasar lautan. Selain aktiviti snorkeling terdapat banyak lagi aktiviti lain yang tersedia untuk anda sertai.

Pulau Redang merupakan destinasi percutian yang sesuai untuk anda yang sukakan lautan dan juga menjadi tempat percutian untuk berbulan madu. Dengan pelbagai pilihan resort untuk anda menginap di sini, memang rugi jika anda melepaskan peluang untuk bercuti dan melihat keindahan Pulau Redang ini.

Beli tiket Pulau Redang trip anda hari ini di Tripcarte.Asia