Dinner In The Sky KL [Edisi 2019]

Dinner In The Sky @Kuala Lumpur

Kalau anda dah bosan dengan meraikan pasangan anda di restoran, apa kata anda bawa pasangan anda untuk cuba Dinner In The Sky KL. Terletak di Bukit Bintang, anda dan pasangan dapat meraikan hari bahagia dalam situasi romantik dan pada masa yang sama extreme?

Nikmati hidangan makan malam yang disediakan oleh hotel dan chef terkenal bersama pasangan anda pada ketinggian 50m. Jadi sambil anda makan malam bersama pasangan, anda berdua juga dapat menikmati pemandangan bandar Kuala Lumpur pada waktu malam. Dan jika anda mengambil pakej First Class, selain menikmati hidangan makan malam, anda dan pasangan boleh menginap di bilik Deluxe untuk 1 malam di Sheraton Imperial Hotel (Hotel 5 Bintang).

Oleh itu, jika anda mencari idea untuk meraikan pasangan anda pada hari anniversary atau meraikan pasangan anda, Dinner in Sky merupakan destinasi makan malam yang wajib anda cuba.

https://www.youtube.com/watch?v=rM_X-pQLM6E