Tips Sebelum Bercuti!

Sememangnya, semua orang mesti teringin untuk pergi bercuti sekali-sekala. Asyik tengok orang lain yang pergi bercuti, sedangkan kita stress bekerja di pejabat. Jadi kita pun nak rehatkan diri, dan reward diri dengan pergi bercuti. Tapi selalu plan bercuti ini hanya jadi angan-angan sahaja sebab anda tidak tahu apa yang perlu dibuat sebelum anda bercuti? Di sini tersedia senarai perkara yang perlu dibuat sebelum anda bercuti makan angin.

1. Tentukan tempat percutian

Sebelum nak bercuti, mestilah anda kena tahu destinasi percutian anda samada anda ingin bercuti dalam negara atau luar negara. Perkara lain yang perlu anda ketahui ialah cari maklumat berkenaan dengan tempat yang ingin anda pergi itu.  Baca review-review online sebanyak mungkin dan cari juga aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan sekitar tempat percutian anda.

Lebih mudah jika anda senaraikan tempat yang ingin anda pergi, senang cerita, bucket list anda. Jadi anda tak perlu kusut-kusut kepala nak pilih destinasi bercuti.

2. Bajet

Ini perkara penting yang anda perlu ingat selepas tentukan tempat percutian. Memanglah seronok pergi bercuti tapi kalau hujung bulan poket kosong boleh menangis juga bukan? Jadi sebelum anda ingin bercuti, tetapkan dahulu bajet anda.

Sentiasa check harga-harga promosi yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penerbangan. Selain itu, untuk penginapan pula, terdapat banyak apps yang anda boleh survey harga hotel atau homestay dengan harga yang murah. Tips untuk lebih berjimat,  anda boleh  ambil pakej percutian yang lengkap dengan itinerary perjalanan jadi anda tak perlu pening kepala berkenaan tempat tinggal, tiket dan sebagainya.

3. Pakaian yang sesuai

Pilih pakaian yang sesuai dengan tempat percutian anda. Ambil tahu cuaca tempat berkenaan, sebelum anda memilih tarikh untuk bercuti. Jika anda pergi waktu musim sejuk, jangan lupa untuk bawa pakaian sejuk bagi mengelakkan anda kesejukan. Dan jika anda bercuti ke pulau pula, bawalah pakaian yang bersesuaian.

Lebih mudah jika, anda senaraikan terlebih dahulu pakaian yang perlu di bawa jadi senanglah untuk anda berOOTD nanti.

4. Tempoh Percutian

Selesai memilih destinasi percutian dan kira bajet, kira juga tempoh percutian anda. Anda perlu tahu berapa hari anda akan berada di tempat tersebut bagi, mengelakkan anda terlebih berbelanja. Memang seronok bercuti lama, tenang dan rehatkan diri. Tapi ingat juga tentang komitmen, dan tanggungjawab kerja, risau nanti bila anda balik semula kerja, banyak kerja yang tersedia untuk anda.

5. Persiapan sebelum bercuti.

Buat anda yang ingin bercuti ke luar negara, jangan lupa sediakan dokument penting seperti pasport, dan ambil tahu jika destinasi percutian anda memerlukan visa. Selain itu, periksa tarikh luput pasport anda dan diingatkan juga, anda  perlu renew passport 6 bulan sebelum tarikh pasport luput bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Jangan lupa juga untuk anda membuat tukaran wang tunai terlebih dahulu jika anda bercuti ke luar negara. Periksa terlebih dahulu rate yang ditawarkan sebelum membuat tukaran.

Seeloknya anda membuat checklist bagi mengelakkan anda termiss atau terlupa barang tersebut sewaktu bercuti. Anda boleh google sahaja checklist tersebut, lebih mudah.Ketahui pelbagai aktiviti dan tempat menarik di Malaysia di Tripcarte Asia.