Tempat bercuti untuk dikunjungi pada musim raya ini. (Edisi 2019)

KUALA LUMPUR

Sunway Lagoon

Sempena musim raya ini Sunway Lagoon telah melancarkan kempen “Nickelodeon Raya” bersama karakter Nickelodeon kegemaran anda seperti SpongeBob Squarepants, Dora the Explorer dan juga Teenage Mutant Ninja Turtles. Pelbagai aktiviti menarik berkenaan dengan karakter Nickelodeon buat anda seisi keluarga sertai. Kempen Nickelodeon Raya ini bermula dari 25 Mei sehingga 9 Jun. Jadi apa tunggu lagi, beli tiket Sunway Lagoon anda hari ini.

Aquaria KLCC

Dalam waktu cuti raya ini, seronok berjalan ke KLCC, ada taman, kedai buku, tempat makan menarik dan banyak lagi. Selain shopping dan cuci mata, bawa juga anak anda melawat Aquaria KLCC. Mereka pastinya akan teruja melihat hidupan marin yang terdapat di sini.

The Rift Mid Valley

Kalau anda bosan dengan rutin yang sama setiap kali raya, apa kata raya kali ini anda cuba masuk ke dalam dunia virtual realiti The Rift. Mempunyai pilihan sehingga 25+ permainan interaktif buat anda seisi keluarga, The Rift pastinya menjanjikan suatu pengalaman yang menarik buat anda.

Kidzania KL

Merupakan taman tema bercorak pendidikan yang memfokuskan kepada kanak-kanak, Kidzania merupakan sebuah tempat yang memberi peluang kepada anak-anak anda untuk belajar dan meneroka alam pekerjaan. Dan sepanjang musim perayaan ini pelbagai aktiviti dan promosi yang dijalankan oleh Kidzania KL ini. Jangan lepaskan peluang untuk bawa keluarga anda ke sini.

Perak


Lost World Of Tambun

Kalau di Sunway Lagoon, kempen Nickelodeon Raya, di Sunway Lost World of Tambun pula menggunakan kempen Malaysia First Lah! Kempen yang bermula pada 25 Mei sehingga 9 Jun ini akan membawa anda ke zaman kecil anda dengan pelbagai tarikan dan permainan yang pastinya menggamit memori kecil anda seperti permainan teng teng, batu seremban, congkak dan pelbagai lagi.

Frenzy Waterpark

Frenzy Waterpark ini bukanllah seperti taman tema air yang lain kerana terdapat waktu tertentu yang membolehkan anda bermain di sini. Selain itu, Frenzy Waterpark ini merupakan taman tema air yang terapung di tengah tasik dan untuk itu, anda diperlukan untuk memakai jaket keselamatan.

Funtasy House Trick Art

Funtasy House Trick Art ini merupakan sebuah galeri yang menempatkan lebih 20 trick art artis tempatan yang pastinya akan menarik minat anda. Terbahagi kepada 4 bahagian, untuk bahagian pertama, anda akan melihat lukisan yang berlatarbelakangkan bandaraya Ipoh. Kemudian di bahagian kedua, ialah bahagian ‘upside-down house’ atau rumah terbalik. Bahagian ketiga dan keempat pula ‘Dunia Fantasi’ dan ‘Punishment Room’. Anda tidak perlu risau memikiran cara untuk menangkap gambar kerana di sini terdapat kakitangan Funtasy House Trick Art yang akan membantu anda.


Johor

Legoland Malaysia

Jika sebelum ini Legoland Malaysia hanya mempunyai taman tema dan taman tema air sahaja, kali ini dengan penambahan tarikan terbaru iaitu Sea Life, anda pastinya tidak boleh melepaskan peluang untuk melawat Legoland ini. Tarikan terbaru iaitu Sea Life ini merupakan akuarium tunnel yang menempatkan sehingga 13,000 hidupan akuatik, pastinya pelbagai hidupan akuatik boleh ditemui. Oleh itu, cuti raya ini bawa keluarga anda bersama meneroka dan menjelajah Legoland Malaysia.

Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town

Antara tarikan yang popular di Johor, Sanrio Hello Kitty Town dan Thomas Town yang terletak di Puteri Harbour. Terletak dalam bangunan 3 tingkat, di tingkat 1 terletak Hello Kitty Town sementara Thomas Town pula di tingkat 2&3. Theme park ini sangat sesuai untuk anda bawa anak-anak kecil anda terutama pada musim cuti sekolah atau hujung minggu kerana tempatnya beraircond dan terletak dalam bangunan.

Johor UK Farm

Bercuti ke ladang kambing dan bebiri hanya d Johor UK Farm. terdiri daripada gabungan beberapa ladang ternak tani di bawah Projek Pertanian Moden Kluang dan dipantau oleh Kementerian Pertanian Malaysia. Menyediakan kemudahan dorm dan chalet untuk anda, di sini anda boleh belajar tentang pertanian dan juga penternakan. Sesuai buat anda yang berkeluarga untuk bawa anak-anak ke Johor UK Farm ini.


Melaka

A’famosa Resort

Dari hotel, tempat shopping, tama tema air, safari animal dan juga bandar cowboy, A’famosa merupakan destinasi ideal buat anda yang ingin bercuti bersama keluarga kerana semua tarikan menarik ini terletak berdekatan sahaja. Anda tidak perlu bersusah payah memikirkan itinerary dan waktu perjalanan bagi aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di sini.

Encore Melaka

Alami pengalaman menonton teater yang lain dari yang lain. Menggunakan teknologi pentas terkini dan juga auditorium yang berputar 360 darjah, anda pastinya akan berasa kagum dengan persembahan yang dipersembahkan di Encore Melaka ini. Anda akan dibawa menelusuri sejarah negeri Melaka dengan persembahan menarik dan menghiburkan dari 200 penari tempatan.

Baba Nyonya Heritage Museum

Kenali sejarah dan budaya masyarakat Baba Nyonya yang telah menetap dari zaman kerajaan Melayu Melaka lagi di Baba Nyonya Heritage Museum. Muzium milik keluarga Chan ini telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai tapak warisan, di sini anda dapat melihat barang tinggalan milik Baba Chan Cheng Siew (1865–1919). Rumah tiga tingkat ini sehingga kini masih diselenggara oleh ahli keluarga Chan.


Penang

Teddyville Museum

Kalau anda penggemar patung teddy bear, jangan lupa singgah ke Teddy Ville di Penang. Mempunyai koleksi patung beruang dari pelbagai era dan negara, Teddyville Museum merupakan destinasi yang menarik untuk dikunjungi.

The Habitat Penang Hill

Teroka keindahan alam semula jadi sambil dikelilingi oleh kehijauan hutan hujan tropika di The Habitat Penang. Saksikan juga keindahan hutan hujan tropika yang telah berusia 130 juta tahun ini yang kaya dengan hidupan flora dan fauna ini. Anda dan keluarga juga pasti akan kagum dengan pemandangan bandar Penang yang boleh dilihat sewaktu anda ke tempat tinjauan. Nikmati keindahan panorama di The Habitat musim cuti ini.

The Gravityz

Balik Penang tak jalan Komtar apa cerita? Tahu tak dekat tingkat atas Komtar iaitu bangunan tertinggi dekat Penang ini, ada rope course untuk anda cuba iaitu The Gravityz Top Komtar. Terletak di luar bangunan Komtar di tingkat 60 pada ketinggian 239 meter, buat anda yang gemarkan cabaran, tempat ini patut ada dalam senarai bucket list anda.