Alami Pengalaman Dunia Virtual Realiti di The Rift Mid Valley

Keluar dari Realiti! Kini dengan kemajuan teknologi, anda juga boleh dibawa ke dalam dunia permainan video hanya dengan Virtual Realiti (VR). Menjadi trend dalam kalangan penggemar permainan video kebelakangan in, VR ini akan memberi anda satu pengalaman permainan video yang unik dan penuh dengan keterujaan. Di The Rift Mid Valley iaitu syurga buat gamers, terdapat sehingga 24 jenis permainan video VR/AR yang boleh anda cuba dan alami. Sesuai dengan taglinenya iaitu Enter The Rift, Exit Reality, jadi apa kata anda keluar dari realiti dan masuk ke dunia virtual realiti.

Motion Blaster

Selamatkan diri dan hapuskan predator apabila anda terjun ke dalam dunia virtual Motion Blaster. Anda akan alami suasana seakan dalam permainan tersebut sambil menaiki 4D ride.

Hurricane VR

Kalau anda peminat Roller Coaster, apa kata anda cuba Hurricane VR ini. Meskipun hanya Virtual Realiti, tapi excitment dan juga pengalaman menaiki Hurricane VR ini sama seperti anda menaiki roller coaster yang sebenar. Jadi apa tunggu lagi, ketatkan tali pinggang keledar anda dan alami adrenalin rush dengan Hurricane VR.

Hollowall

Cabar diri dan rakan anda dalam rock climbing yang terdapat di The Rift Mid Valley ini. Anda juga boleh uji ketahanan anda sewaktu anda mencuba rock climbing ini.

Hado PvP

Menggabungkan pengembaraan realiti (AR) dan sensor, anda akan bertempur dalam bentuk kumpulan 3v3. Anda boleh menlancarkan serangan bebola api seakan watak anime Dragon Ball dan juga membentuk pertahanan. Permainan ini akan menguji kebolehan strategi anda selain fizikal dan stamina untuk mengalahkan pasukan lawan.

Race Room

Ambil mood Toretto sekejap jika anda masuk ke Race Room ini. Anda boleh berlumba bersama pelumba lain. Anda akan alami pengalaman perlumbaan yang mengujakan seakan dalam litar lumba yang sebenar.

Terminator X

Antara permainan VR popular di The Rift selain dari Zero Lantency. Terminator X merupakan permainan laser battle yang memerlukan anda untuk melawan Terminator dan Skynet. Alami debaran tersebut di Terminator X.

Sand Box: Beat Saber/Fruit Ninja

Jika anda peminat Star Wars atau Ninja Fruit, apa kata anda cuba Sand Box yang terdapat di The Rift ini. Meskipun permainan ini nampak mudah namun begitu permainan ini memerlukan anda untuk bergerak lincah.