Seberang Takir, pesisiran pantai ala-ala Australia

@AinunAidaa
K
alau anda sangka gambar tempat di atas ialah di Australia, anda silap kerana tempat tersebut sebenarnya terletak di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Di jangka akan menjadi tempat tumpuan pengunjung untuk berkunjung, Seberang Takir ini merupakan destinasi yang perlu anda lawati. Melihat pesisiran pantainya yang cantik dan bersih ini, anda tidak akan sangka yang di Malaysia juga mempunyai tempat sebegini. Tempat yang terletak di perkampungan nelayan terkenal di muara Sungai Terengganu ini juga dekat dengan Jambatan Angkat yang dijangka siap sebelum raya 2019 pastinya akan menjadi lokasi bergambar terbaru buat anda.
@NasirAli

Sumber: Awani