Kalau anda ke Langkawi ini tak lengkap percutian anda kalau tak sertai aktiviti Island Hopping. Lawatan yang mengambil selama 4 jam ini akan memabawa anda melawati 3 buah pulau yang popular di Langkawi iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah.
Semasa anda tiba di Pulau Dayang Bunting, anda dapat bermandi-manda di tasik semula jadi yang terletak di tengah lautan. Setelah itu anda akan singgah sebentar di Pulau Singa untuk melihat dan memberi helang makan di sungai. Selesai memberi makan kepada helang, anda kemudian akan dibawa ke Pulau Beras Basah untuk melakukan pelbagai aktiviti air seperti berenang, snorkeling dan banyak lagi.

Barang yang perlu dibawa!
Pakej Island Hopping ini mengambil masa sehingga 3-4 jam, dan untuk itu anda disarankan untuk bawa makanan dan minum. Sunblock dan beg kalis air pun jangan lupa bawa untuk mengelak perkara yang tidak diingini.
Untuk pengetahuan anda juga, setibanya awak di Pulau Dayang Bunting, untuk masuk ke tasik tersebut anda akan dikenakan bayaran.

Yuran Masuk Tasik Dayang Bunting
Dewasa : RM5
Kanak-kanak : RM3
Waktu Operasi
- 9.00 pagi – 1.00 petang | Setiap Hari
- Whatsapp atau Call sehari sebelum untuk mengesahkan tempahan anda.
Harga Tiket Pakej Island Hopping

ISLAND HOPPING with Private Boat (Package A)

LANGKAWI ISLAND HOPPING with Shared Boat
Tempah Tiket Anda
- Tambah tiket anda ke dalam troli beli-belah anda.
- Semak keluar dan lengkapkan tempahan anda dengan pembayaran
- Tripcarte Asia QR Code akan dihantar ke emel anda dalam tempoh 2 jam.
Penebusan Tiket