Tempat Menarik Di Perak

Perak memang antara destinasi percutian menjadi pilihan pengunjung. Negeri Perak Darul Ridzuan ini sememangnya kaya dengan keindahan pulaunya, hutan lipur dan taman temanya. Di sini, Tripcarte Asia telah menyenaraikan tempat-tempat menarik di Perak yang popular khusus buat anda.

Pulau Pangkor 

Terletak di barat Semenanjung Malaysia, Pulau Pangkor ini merupakan antara destinasi pulau percutian yang popular selain daripada Langkawi. Menawarkan pelbagai aktiviti dari snorkling, sukan air sehinggalah aktiviti tepi pantai yang santai, masa anda di Pulau Pangkor pastinya padat dengan aktiviti yang menarik. Pulau Pangkor Laut, Pulau Giam dan Pulau Mentagor antara pulau yang popular dan menjadi destinasi untuk aktiviti snorkeling kerana dikelilingi oleh terumbu karang.

Selain itu, ada juga dapat melihat kesan tinggalan kubu pertahanan Belanda yang sehingga kini masih terdapat di Teluk Gadung, Pulau Pangkor. Anda tidak perlu risau ketika anda di Pulau Pangkor ini, kerana terdapat banyak tempat-tempat penginapan yang boleh anda kunjungi jika anda ingin bercuti di sini.

Lost World Of Tambun 

Setiap kali musim cuti, pastinya Sunway Lost World of Tambun akan dipenuhi dengan pengunjung yang bercuti di sini. Taman Tema ini menawarkan pelbagai tarikan yang sesuai buat anda dan keluarga anda.  Antara tarikan yang ditawarkan di Sunway Lost World Of Tambun ini seperti Water Park, Lost World Petting, Amusement Park, Adventure Park, Tigger Valley dan Tin Valley.

Pada sebelah malam pula, anda boleh mencuba hot spring untuk relakskan diri setelah seharian mencuba tarikan di taman tema Lost World Of Tambun.

Kellie’s Castle 

Menjadi salah satu tempat yang tak boleh anda lepaskan untuk lawati.  Kellie’s Castle ini merupakan istana lama yang telah dibina oleh William Kellie Smith pada tahun 1905. Mempunyai 14 bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia, bangunan tiga tingkat ini bagaimanapun tidak sempat untuk disiapkan setelah Kellie Smith ini meninggal dunia secara mengejut kerana penyakit pneumonia.

Istana ini selain terkenal dengan menjadi lambang kasih sayang kepada pasangan kerana dibina Kellie buat isterinya, turut dikaitkan dengan cerita-cerita seram yang disampaikan oleh pengunjung yang datang melawati.

Sungai Klah Hotspring

Jika anda ingin relakskan diri dari kesibukan kerja, bolehlah cuba datang ke Sungai Klah Hotspring ini. Terletak di  berhampiran Pekan Sungkai yang terdapat beberapa kolam air panas semulajadi. Buat anda yang ingin datang untuk merehatkan diri, sebaiknya datang pada hari biasa. Pelbagai kemudahan tersedia seperti tandas, cafe, surau dan villa untuk disewa jika anda berkunjung ke ini.

Frenzy Waterpark

Jika anda ingin mencari taman tema air  yang lain dari yang lain, bolehlah bawa keluarga anda untuk ke Frenzy Waterpark. Taman Tema air yang seakan- akan rancangan televisyen Wipeout ini pastinya membuatkan seisi keluarga anda tidak puas bermain di sini. Dengan pelbagai tarikan yang disediakan di Frenzy Hippo Waterpark ini, fasiliti yang lengkap juga tersedia buat anda. Bermainlah sepuas hati anda di Frenzy Hippo Waterpark ini.

Galeri Sultan Azlan Shah 

Galeri Sultan Azlan Shah ini terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar telah dibuka kepada umum pada 9 Disember dan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah. Galeri Sultan Azlan Shah ini dibina semula dari istana lama iaitu Istana Ulu yang juga dikenali dengan nama Istana Kota. Istana ini pada asalnya ialah tempat persemayaman Sultan Perak yang ke-28, Sultan Idris Mursyidul ‘Adzam Shah yang memerintah dari tahun 1887-1916.

Galeri ini memaparkan sejarah dan perjalanan hidup Baginda Almarhum Sultan Azlan Shah dari zaman muda sehinggalah ke era pemerintahan baginda. Selain itu, di galeri ini juga mempamerkan barangan koleksi peribadi dan berharga Keluarga Diraja Perak. Di sini juga, anda boleh belajar tentang sejarah negeri Perak dan warisan kebudayaan Perak.

Kuala Sepetang Eco Tourism

Kalau selama ini anda hanya tahu Kampung Kuantan, Kuala Selangor untuk melihat kelip-kelip atau kunang-kunang, anda silap. Kini, di Kampung Dew, Kuala Sepetang juga anda boleh menyaksikan keindahan malam dengan bermandikan cahaya kelip-kelip. Anda tidak perlu risau kerana anda akan dibawa melawat kawasan eko-pelancongan ini untuk melihat kelip-kelip ini. Mengambil masa kira-kira 30 minit untuk tiba ke kawasan tersebut, anda pasti terpukau dengan panorama malam yang mengasyikan ini. Jika anda ke sini, disarankan untuk memakai baju lengan panjang untuk mengelakkan digigit nyamuk.

Bukit Merah Laketown Resort

Buat anda yang mencari destinasi percutian keluarga berserta penginapan, boleh cuba ke Bukit Merah Laketown ResortBukit Merah Laketown Resort yang terletak di Semanggol, Perak ini sebuah taman tema air dan resort yang terawal di Malaysia dan sangat terkenal di negeri Perak. Dibahagikan kepada dua taman tema iaitu Eco Park dan Water Park, pelbagai aktiviti yang boleh anda dan keluarga anda boleh lakukan di sini.

Muzium Perak 

Muzium Perak yang ditubuhkan pada tahun 1883 oleh Si Hugh Low ini merupakan muzium  pertama dan tertua yang ditubuhkan di Malaysia. Muzium Perak ini kaya denga koleksi etnologi, sejarah, alam semula jadi, arkeologi dan etamobologi yang sebahagiannya diklasifikasikan sebagai koleksi nadir atau rare yang berusia lebih seratus tahun seperti spesimen binatang seperti binturong dan pulasan, tengkorak dan rangka binatang serta tembikar tanah yang kini sukar ditemui atau pupus.

Jumlah koleksi yang terdapat di Muzium Perak ini sebanyak 8,474 dan terdiri daripada 5,074 koleksi kebudayaan, 523 koleksi alam semulajadi dan 2,877 lain-lain koleksi yang termasuk bahan-bahan arkeologi. Seni bina bangunan Muzium Perak terpengaruh daripada bangunan masyarakat “moor” di India, dan ‘neo-classical” serta “Victorian” masyarakat di Eropah yang menjadikannya lain dan unik. Buat anda yang meminati sejarah,  jangan lepaskan peluang anda ini untuk berkunjung ke Muzium Perak.

Muzium Diraja Kuala Kangsar

Kenali seni bina dan sejarah keluarga DiRaja Perak di Muzium Diraja Kuala Kangsar. Di sini, anda dapat melihat bangunan yang melambangkan seni bina Melayu Tradisional. Muzium yang didirikan pada tahun 1926 ini juga dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Istana Lembah, Istana Kenangan, atau Istana Tepas. Muzium ini dibina sebagai tempat bersemayam sementara atas perintah D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah. 

Uniknya muzium ini ialah ianya tidak menggunakan paku besi dalam pembinaannya. Bahagian dalamnya pula dicat dengan warna yang melambangkan negeri Perak iaitu kuning, hitam, dan putih. Reka bentuk bangunan ini seakan sebilah padang yang berada di dalam sarungnya dan menggunakan enam puluh batang tiang yang lebih kurang 41 meter dan selebar 11 meter dan berbentuk.

Pulau Orang Utan

Jika anda ke Bukit Merah Laketown Resort, jangan lupa untuk berkunjung sekali ke Pulau Orang Utan. Pulau ini terletak di tengah tasik dan mengambil masa kira-kira 10 minit dari Bukit Merah Laketown Resort dengan menaiki bot.

Pulau seluas 35 ekar ini menempatkan lebih 20 ekor orang utan dari peringkat umur bayi sehingga dewasa. Di pulau ini anda dapat melihat dengan lebih dekat orang utan ini melakukan aktiviti harian mereka melalui terowong sangkar besi sepanjang 100 meter. Kini anda tidak lagi perlu ke Sabah hanya untuk melihat orang utan ini, hanya di Perak sahaja anda sudah boleh melawat habitat semula jadi orang utan.

Pasir Bogak

Buat peminat burung, jika anda ke Pulau Pangkor, singgah sebentar ke Pasir Bogak untuk melihat secara dekat Burung Enggang. Menjadi tarikan utama pelancong, Burung Enggang ini merupakan spesis burung yang unik.  Anda berpeluang untuk melihat spesies burung ini yang semakin mesra pada setiap petang, dan jika anda  bernasib baik, berpeluang memberi makan secara terus dari tapak tangan.

Menara Condong

Menjadi mercu tanda di Teluk Intan, Menara Jam Condong ini telah dibina pada tahun 1885. Pada awalnya, Menara Condong ini berfungsi sebagai menara tangki air oleh pihak British namun bertukar setelah terbinanya tangki air Changkat Jong. Menara yang berusia lebih 100 tahun ini memiliki ketinggian 85 kaki dengan 110 anak tangga dengan bentuk seakan Menara Pisa di Itali pasti menjadi destinasi tarikan ketika anda berkunjung di Teluk Intan. Keunikan ini menjadikan Menara Condong sesuai sebagai lokasi bergambar bersama keluarga.

Stesen Kereta Api Ipoh

Tidak lengkap jika anda ke Ipoh tapi tidak singgah ke Stesen Kereta Api Ipoh, Perak ini. Menjadi mercu tanda Ipoh, reka bentuk stesen ini seakan-akan Taj Mahal yang menjadikan Stesen Kereta Api Ipoh ini berbeza  dengan stesen lain yang  terdapat di negara ini. Seni bina bercirikan Islam menjadikan stesen ini turut dikenali sebagai Taj Mahal Ipoh telah mula dibina pada tahun 1917 oleh Syarikat Hindia Timur British. Menjadi kebanggaan penduduk tempatan, stesen ini turut terkenal sebagai  sebuah lokasi pelancongan yang perlu anda kunjungi.

Air Terjun Lata Kijang

Bawa keluarga anda untuk bermandi di Air Terjun Lata Kijang yang terletak di daerah Chenderiang, kira-kira 18km daripada pekan Tapah. Merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 850 meter, Air Terjun Lata Kijang ini boleh dilihat daripada lebuh raya Utara-Selatan kerana ketinggiannya. Di samping itu, anda dapat menikmati keindahan  keindahan flora dan fauna yang terdapat di lokasi ini. Kemudahan seperti parkir kenderaan, surau, gerai jualan dan tempat istirahat juga tersedia untuk keselesaan anda.

Taman Rafflesia

Taman Rafflesia merupakan tempat yang sesuai untuk dilawat buat anda yang ingin melihat sendiri bunga terbesar di dunia. Lokasi yang berkeluasan 5 hektar ini adalah kawasan penyelidikan yang boleh dilawati . Jika anda teringin untuk menikmati udara segar dan keindahan hutan sambil belajar tentang bunga rafflesia ini, anda boleh lawati taman Rafflesia yang terletak di kampung Bongor Gerik, Perak.

Gua Tempurung

Gua Tempurung adalah salah satu lokasi yang perlu anda kunjungi jika ke Perak. Gua Tempurung ini terletak di Gopeng, Perak iaitu 24 km dari bandar Ipoh. Gua tempurung ini unik kerana mempunyai pelbagai ukiran semula jadi yang dipercayai wujud sejak 8000 tahun sebelum Masihi. Untuk anda yang ingin meneroka gua ini, terdapat kemudahan asas  seperti titi, lampu, dan kemudahan awam untuk keselesaan anda.

Night Safari di Zoo Taiping

Tahu tak sebenarnya haiwan lebih aktif pada waktu malam? Jadi kalau anda berminat, bolehlah cuba aktiviti Night Safari di Zoo Taiping. Night Safari membolehkan anda untuk melihat hidupan-hidupan liar yang aktif pada waktu malam dalam suasana semula jadi.

Sewaktu di sini, anda akan  dikehendaki untuk meminimumkan bunyi-bunyi atau suara dan juga dilarang untuk  membawa lampu suluh dan kamera berflash agar  tidak mengganggu ketenteraman haiwan-haiwan tersebut

Melawat Kota Belanda

Buat anda yang berkunjung ke Pulau Pangkor, Perak jangan lupa untuk pergi ke Kota Belanda ini. yang  terletak di Teluk Gadang, hanya 100 meter dari pantai. Kota Belanda yang berusia lebih 300 tahun ini merupakan sebuah kubu lama kolonial Belanda yang dijadikan sebagai gudang penyimpanan bijih timah dari negeri Perak.

Anda bmelihat secara dekat  peninggalan penjajah, sejarah pengaruh Barat di Tanah Melayu, dan  juga beberapa rumah limas tradisional negeri Perak yang telah dibina oleh kerajaan negeri Perak bagi menambahkan lagi nilai serta tarikan pelancongan di sini.

Shopping Cart