Mari-Mari Cultural Village, Sabah [Edisi 2019]

Mari Mari Cultural Village

Semua pastinya tahu yang di Sabah, terdapat lebih tiga puluh suku kaum & etnik yang menjadikan negeri Sabah ini unik dan kaya dengan warisan seni budaya mengikut suku kaum dan etnik yang ada.  Jadi, jika anda ingin melihat dan alami sendiri gaya hidup dan juga kenali budaya masyarakat di Sabah ini, Mari Mari Cultural Village merupakan tempat yang wajib anda kunjungi sewaktu di Sabah.

Mari Mari Cultural Village merupakan sebuah tempat yang terletak di Inanam, Kota Kinabalu, Sabah. Di Mari Mari Cultural Village ini anda akan berpeluang untuk belajar mengenai budaya, seni kraftangan dan juga gaya hidup suku kaum. Terdapat lima buah rumah suku kaum yang anda boleh lawati di sini iaitu, Dusun, Rungus, Lundayeh, Bajau dan Murut. Sekali pandang, mungkin anda berasa yang rumah ini kelihatan sama sahaja tapi sebenarnya terdapat perbezaan bagi setiap rumah tersebut. Sebagai contoh, rumah bagi suku kaum Murut tidak mempunyai banyak tingkap dan lebih tertutup kerana suku kaum Murut ini merupakan ‘headhunters’ yang membuatkan mereka ini mempunyai ramai musuh.

Jangan risau sewaktu di sini, kerana anda akan diiringi oleh tour guide yang akan mengiringi anda sepanjang lawatan anda di sini. Anda juga berpeluang untuk menikmati makanan tempatan yang disediakan dan kemudian menyaksikan persembahan budaya masyarakat Sabah.

Waktu Operasi  

8.30 pagi – 2.00 petang | Setiap Hari

Lokasi

  • Mari Mari Cultural Village
    Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah

Tiket Masuk Mari Mari Cultural Village

Kanak-Kanak

Dewasa
RM155RM175

* Minimum 2 orang

Keterangan lanjut, Klik di bawah….

Cara Guna

Tempah tiket anda

  • Tambah tiket anda ke dalam troli beli-belah anda.
  • Semak keluar dan lengkapkan tempahan anda dengan pembayaran
  • Tripcarte.asia QR Code  akan dihantar ke emel anda dalam serta-merta.

Penebusan Tiket

  • Ini ialah tiket Booking. Anda hanya boleh pergi pada hari yang dipilih.
  • Pada hari tersebut, sila cetak e-tiket anda dan tunjukkan e-tiket tersebut di kaunter tiket.

Polisi Pembatalan

Sah pada hari yang tertera pada tiket tersebut.

Baca Terma & Syarat di sini.

Klik untuk promosi terbaru di laman web kami.

Sila rujuk di sini untuk harga tiket Mari Mari Cultural Village.

Share Tripcarte.asia with your friends: