Habitat Kelip-kelip di Malaysia (Edisi 2019)

Mengenai Kelip-Kelip

Kelip-kelip atau juga dikenali sebagai kunang-kunang bagi penduduk adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang yang akan mengeluarkan cahaya pada waktu malam. Tahukah anda, yang kelip-kelip ini mengeluarkan cahaya tanpa haba dan akan mengeluarkan kerlipan cahaya pada bahagian bawah abdomennya. Uniknya, kelip-kelip ini lagi ialah kemampuan mereka untuk menghasilkan kerlipan cahaya secara serentak pada setiap masa dengan kadar 3 kerlipan sesaat. Meskipun hanya berukuran kira-kira 6mm panjang, apabila sekumpulan kelip-kelip mengeluarkan cahaya pada waktu malam, anda akan  menyaksikan keindahan seolah-oleh dihujani oleh ribuan bintang.

Kelip-kelip atau kunang-kunang ini selalunya wujud di kawasan hutan tropika yang menjadi habitat semulajadinya. Buat anda yang ingin menyaksikan keindahan malam yang bercahayakan kelip-kelip ini, tidak perlu pergi sehingga luar negara, kerana di dalam Malaysia terdapat beberapa tempat yang anda boleh saksikan cahaya malam yang indah ini.

Kuala Selangor (Selangor)

Lokasi: Kelip-Kelip Kampung Kuantan, Kuala Selangor, Selangor.

Taiping (Perak)

Lokasi: Jalan Sungai Manggis, Kuala Sepetang, Perak

Port Dickson (Negeri Sembilan)

Lokasi: Dataran Tanjung Agas, Kampung Tanjung Agas, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kota Tinggi (Johor)

Lokasi: Firefly Valley Leisure Park, Jalan Jemaluang, Kota Tinggi, Johor

Share Tripcarte.asia with your friends: