10 Tempat Popular di Johor Bharu [2019]

Pantai Desaru

Pantai peranginan di Johor  yang popular di bukan di kalangan pelancong tempatan malahan pelancong luar. Mempunyai beberapa tempat penginapan dan resort menarik, anda juga boleh cuba beberapa aktiviti tepi pantai seperti  jetski, parasailing, dan banana ride bersama keluarga. Jika anda ingin mencari taman tema air untuk bawa keluarga anda, berdekatan sini juga  terdapat taman tema air Desaru Coast Adventure Water Park yang di buka pada tahun 2018.

Puteri Harbour Indoor Theme Park

Puteri Harbour atau Tanjung Puteri ini merupakan terbaru yang terdapat di Johor. Kawasan pelabuhan Tanjung Puteri akan berikan ketenangan dengan pantainya bersih buat anda dan keluarga yang ingin percutian yang menenangkan.

Tarikan utama di sini pastinya Sanrio Hello Kitty Town dan juga Thomas Town. Buat penggemar karakter Jepun, Hello Kitty, anda tidak boleh lepaskan peluang untuk melihat bandar Hello Kitty. Anda akan teruja dengan replika rumah lengkap dengan set bilik tidur, dapur dan ruang tamu yang berkonsepkan Hello Kitty.

Penggemar kereta api dan sering menonton Thomas and Friends, ambil peluang ini untuk ke Thomas Town. Menanti anda di Thomas Town ini ialah replika kereta api Thomas dan beberapa permainan seperti Windmill Ride, Harold Helicopter ride, dan Colin Crane Drop Ride.

Kredit: Stellar On The Streets

Bazar Karat (Johor Bharu)

Kalau anda pergi ke Johor, jangan lupa untuk singgah ke Bazar Karat. Terletak di tengah bandaraya Johor Bharu, pasar malam ini menjual pelbagai barang terpakai. Selain barangan terpakai seperti pakaian bundle, kasut, barangan antik dan sebagai, tempat ini juga telah mula menjual barangan kraf tangan dan barang terbaru. Anda akan rambang mata dengan pilihan barang yang dijual di Bazar Karat ini.

Kredit: The Star

Johor Premium Outlet

Kalau di Bazar Karat, anda akan menjumpai barangan terpakai atau rare, di Johor Premium Outlet (JPO) pula anda akan menjumpai barangan berjenama pada harga yang murah. Pusat membeli-belah yang menempatkan kedai-kedai barangan berjenama seperti Timberland, Tumi, Lacoste dan banyak lagi ini menawarkan potongan harga dari 25% sehingga 65% setiap hari. Jadi anda jangan lepaskan peluang untuk shopping sepuas hati anda di sini.

Kredit: Johor National Parks

Gunung Ledang

Gunung yang terletak di daerah Ledang, Johor ini terkenal dengan cerita lagendanya di mana terdapat seorang puteri yang sangat cantik yang tinggal di gunung ini iaitu Puteri Gunung Ledang.  Kini, dengan ketinggian 1200 meter, gunung Ledang menjadi tempat tumpuan para penggemar aktiviti hiking. Mula beroperasi pada tahun 2003, gunung Ledang mempunyai beberapa trail dan starting point berbeza yang membuatkan ianya menjadi tumpuan. Harus diingatkan, jika anda mahu mendaki Gunung Ledang, disarankan juga untuk anda menggunakan khidmat guide bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Danga Bay Johor

Taman rekreasi terbesar di Johor ini menawarkan aktiviti-aktiviti yang pastinya menarik minat anda dan keluarga untuk singgah di sini. Antara tarikan utama ialah Danga World Mini Theme Park yang menempatkan permainan dan tarikan untuk seisi keluarga seperti pirate ship ride, ferris wheel, dan merry-go-round. 

Selain itu, terdapat tempat untuk anda membeli-belah iaitu Danga City Mall dan restoran-restoran menarik di sekitar Danga Bay.

Angry Bird Activity Park Johor

Siapa yang tidak kenal Angry Bird bukan? Permainan video yang popular pada tahun 2009 ini, mempunyai taman aktiviti yang terletak di tingkat 3, Komtar JBCC. Taman tema berinspirasikan Angry Bird ini mempunyai aktiviti-aktiviti sesuai untuk seisi keluarga seperti Bird Nest Climbing Track & Go, Angry Bird Space, The Foam Pit dan banyak lagi.

Kredit: funtime.my

Austin Height Water & Adventure Park

Taman tema yang terbahagi kepada 3 zon utama iaitu Adventure Park, Water Theme Park dan Sport & Leisure Park ini pasti akan menjadi pilihan ideal buat anda yang meminati aktiviti lasak dan mencabar.

Buat anda yang bercuti bersama boleh ke Zon Austin Height Water Park yang menempatkan beberapa slides dan permainan air yang akan membuatkan anda seisi keluarga teruja.

Zon Adventure Park  pula lebih sesuai buat golongan belia yang gemarkan aktiviti yang mencabar seperti go-kart, drift dan trampoline park.

Johor UK Farm

Sebuah ladang kambing berkeluasan sehingga 100 ekar yang terletak di Batu Pahat ini merupakan tarikan terbaru yang terdapat di Johor Bharu. Anda berpeluang untuk melihat dan belajar tentang teknologi perladangan terkini sepanjang anda di sini. Di sini juga tersedia penginapan, restoran, farm mart yang anda boleh beli barang dan produk tenusu yang dihasilkan di ladang ini.

Legoland Malaysia

Tidak lengkap percutian anda ke Johor Bharu jika anda tidak ke taman tema ikonik iaitu Legoland Malaysia. Menjadi destinasi percutian pilihan keluarga, terdapat taman tema air dan taman tema kering yang anda seisi keluarga boleh nikmati. Anda juga pasti akan terpesona dengan replika binaan mercu tanda seperti Menara Berkembar  KLCC, Angkor Wat, Taj Mahal dan banyak lagi yang menggunakan Lego.

Satu hari tidak cukup buat anda dan keluarga untuk meneroka dan bermain dengan pelbagai aktiviti yang tersedia di Lego City, Lego Kingdoms dan banyak lagi.

Share Tripcarte.asia with your friends: