( PROMO 2019 ! ) | HARGA TIKET UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE + 15% OFF

universal studio singapore

Universal Studios Singapore

Pengalaman yang anda pasti tidak akan lupa!

 

Tidak sah kalau ke Singapore tapi tidak pergi ke Universal Studio Singapore (USS). Meskipun harga tiket Universal Studio Singapore ini agak mahal tetapi memandangkan ianya merupakan taman tema Universal Studio yang pertama dan satu-satunya di Asia Tenggara, taman tema ini perlu termasuk dalam senarai yang perlu di lawati.

Taman tema seluas 20 hektar ini mempunyai 7 zon taman tema yang tarikan dan permainannya berdasarkan filem dan siri tv yang pernah diterbitkan Universal Studio. Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away dan Madgascar antara zon taman tema yang terdapat di sini.

Setiap zon tersebut mempunyai tarikan yang anda perlu cuba seperti di Sci-Fi yang mempunyai Battlestar Galatica: Human, Transformers 3D Ride, di Ancient Egypt pula terdapat Revenge of The Mummy: The Ride. Jika ada dalam kalangan anda yang meminati dinosour dan peminat cerita Jurasic Park, boleh ke zon The Lost World kerana di sini tarikannya berdasarkan filem Jurasic Park dan Waterworld.

Kalau anda bawa kanak-kanak pula, bolehlah cuba ke zon Far Far Away dan Madgascar kerana permainan di zon ini lebih mesra kanak-kanak. Dan jangan lupa untuk ke zon Hollywood untuk melihat Sesame Street Show.

Sehingga 24 tarikan dan tunggangan seperti roller coaster yang anda boleh cuba di Universal Studio Singapore ini. Seharian di USS ini akan menjadi hari yang menggembirakan buat anda. Tapi anda kena ingat yang kebanyakan permainan di sini hanya untuk golongan dewasa dan kanak-kanak berumur 9 tahun ke atas sahaja. Untuk itu, rancang aktiviti anda sebelum anda ke sini.

Buat anda yang bercadang untuk datang pada hujung minggu atau musim cuti, lebih baik jika anda beli tiket Universal Studios ini secara online untuk mengelakkan anda beratur lama hanya untuk membeli tiket.  

Seronok nyerrrr….!!!

universal studio singapore
universal studio singapore
universal studio singapore
universal studio singapore

Harga Tiket Universal Studio Singapore

DewasaKanak-KanakWarga Emas
Pelancong Asing  $76 (~RM228.68)  $54 (~RM162.66)  $38 (~RM114.34)

Kalau nak tahu lebih mengenai harga tiket universal studio singapore, sila klik di bawah…

Tips untuk pengunjung

  1. Jika anda ingin mengujung pada hujung minggu atau musim cuti sekolah, Sila beli tiket Express Pass unuk mengelak kesesakan dan tidak perlu beratur lama untuk menaiki tungangan permainan  di USS.
  2. Bersedia dengan duit yang banyak kerana harga makanan dan barangan di sini agak mahal daripada yang dijangka.  Makanan halal boleh di dapati di kawasan Ancient Egypt.
  3. Tungangan  Waterworld Show dan Transformer 3D antara tungangang yang paling menarik. Jangan terlepas rasa keseronokan pengalaman terbang di udara bersama tarikan tarikan ini.
  4. Pergi ke kawasan Madagascar & Sesame Street dahulu jika anda datang dengan anak kecil.

Kenapa Tunggu lagi! Jom ke Universal Studios Singapore

Share Tripcarte.asia with your friends: